Skeleton Coffee - Drink At Your Own Risk

    It does not require many words to speak the truth.

makhluk hitam...

Friday, January 25, 2008

"joe..bangun joe.."

sepi...

"joe..bangun joe.."

panggilan halus itu membuatkan aku teringat akan sebuah crte seram yg pernah aku tonton satu ketika dulu..

"joe..bangun joe...ni tempat aku joe.." kata2 hantu dlm crte tersebut..cukup menyeramkan..

namun panggilan halus tadi tidak pula menggerunkan aku, malah aliran darah ini tetap pada paras normalnya. lantaran itu, aku pun bangun dari lena seperti biasanya aku bangun dari lena, tanpa ada sedikit pon rasa gementar. aku tahu..panggilan itu hanyalah suara yazid yg begitu setia menjadi jam loceng aku di kala pagi.

jadi aku pon beranggapan, pagi ini pastilah sama seperti pagi2 sebelum ini..bangun, mandi dan ke pejabat. tapi tatkala mata ini mula di buka, aku tau, jangkaan aku ini tidak tepat sama sekali..jauh di sudut ruang tamu Teratak 42 itu, kornea mataku terpandang pada suatu makhluk halus berwarna hitam. Imej kelibat itu tidaklah jelas pada pandangan aku, kerna aku sendiri sedikit rabun. tapi yg pasti, aku nmpk makhluk itu mundar mandir..ke kiri & ke kanan..seolah2 berjalan tanpa hala tujuan. Walaupon pergerakan makhluk itu nmpk rawak, tapi jelas ianya menghala ke arah aku. aku tetap tenang. tapi adakalanya terpikir jua di benak ini, masih bermimpikah aku ini?...

terpikir jua aku utk mengutarakan perkara ini kpd yazid. tidakkah dia nmpk akan kelibat itu..tp mulut ini seolah2 sgt berat utk berbicara..

"kenapa begini.."

aku binggung...

"x kan yazid x nmpk kelibat tu?"

imej2 yg menyeramkan dlm drama "Saka" mlm td berlegar2 dlm fikiran aku. aku mengambil keputusan utk berdiam diri, kerna aku x pasti sama ada yazid akn percaya dgn kata2 ku tu nnti. sejurus kemudian, makhluk tadi tidak lagi kelihatan..jantung tetap berdenyut normal. aku bingkas bangun dari kamar beradu dan mencapai sehelai kemeja lalu ke bilik yazid utk menghilangkan kedut2 yg melekat di kemeja ku.

di bilik yazid, aku membentangkan sehelai sajadah utk aku jadikan pengalas. seterika aku panaskan, dan aku mula menggosok baju. tiba2 aku rasakan masa terhenti di ruang ini. mata ini sekali lg terpana pada satu susuk hitam di hujung sajadah..begitu hampir denganku. kali ini jelas kelihatan, kelibat hitam itu mempunyai mata yg besar dan gigi yg tajam. seterika di tgn aku genggam kemas, menanti ape jua kemungkinan. mata aku pejamkan seketika sementara hati bula berbisik...

" aku tau kau mmg x kn kacau aku..tp kalau ko wat sesuatu, aku bkr ko dgn seterika ni.."

dan ketika aku buka semula mata ini, aku lihat kelibat itu mundar-mandir meninggalkan aku.

seketika kemudian aku mula sibuk memberus gigi di kamar mandi smbil mataku aku tumpukan pada gigi2 ku di cermin. sekali lg mata ini teralih pada kelibat hitam yg terpantul pada cermin di hadapanku. aku sudah mls melayan itu semua. kali ini aku cukup binggung. masakan sampai ke bilik air aku di ekori.. aku cukup bimbang kalau2 benda itu mengapa2kan aku. aku cpt2 menyudahkan berusan aku. dgn pantas aku membuka pili shower. dgn lafaz bismillah, aku memulakan mandian. dlm samar2 aku lihat makhluk itu mula menggelabah, mencari tempat berlindung. mungkin takut terkena tempias air mandi yg aku mulakan dgn kalimah suci itu.

setibanya aku di pejabat..keadaan masih lagi sunyi. aku terus ke dapur utk membuat secawan kopi. dan pasti ianya bknlah skeleton coffee, kopi maya ciptaan aku sendiri. namun..seperti yg aku jangka, makhluk itu muncul lg berhampiranku. kali ini aku lihat seperti ada sesuatu mesej yg ingin ia tunjukkan padaku. aku nmpk makhluk itu mengangkat sesuatu yg sgt besar yg diangkat tinggi melepasi kepalanya. bnda itu kelihatan jernih laksana permata.

dan ketika itu perasaan takut tidak lg timbul dlm hati ini. bahkan aku menjadi kagum. aku sgt kagum dgn kehebatan makhluk ini. aku kagum dgn kekuatan ia mengangkat bebanan yg jauh lebih besar dari susuk tubuhnya. aku kagum dgn semangat berani yg ia tunjukkan. aku kagum dgn sifat rajin yg ia tunjukkan, bekerja tanpa pernah bersungut. dan yg plg mengagumkan aku ialah.. ia hanyalah seekor semut...makhluk tuhan yg sgt rajin..sekian..

12 comments:

Yazid Husain said...

ko buat Aq cuak sahaja. rupanya kisah semut yang sedang sibuk memasuki kedai kopi ko. ha ha ha

فيصل said...

kamu ini buat aku makin ketagih membaca blog ko nih.. aku mahu karya.. karya... ko memang seorang insan berjiwa seni

abeming said...

waaa best la cerita ko...hampeh aku ingat cerita hantu ke apa...punyalah saspen...semut je rupanya...adoi...

abeming said...

aku baru perasan...ko punya beday mmg sadis...13 mei wooo...=)

- j o h a r i - said...

+ yazid
hahahaha..tp bilik ko mmg angker kan..aku x kn tido di bilik ko..percayalah..

+ kuchai
hahaha..kalo ko ketagih ko bg la aku idea cai. skrg ni aku semakin botak mencari idea utk menulis...aku insan berhati mulia

+ abeming
hahahaha..tapi ini kisah benar beb..tapi watak semut aku terpaksa rahsiakan la identiti bg menjaga privasi.

tarikh lahir aku pon mmg unik.. masa tragedi 13 mei dulu, ade seorg pendekar melayu masa tgh lwn2 tu dia ckp.."akan ade seorg pendekar yg hebat akn lahir nnti di tarikh ini"..so aku la tu (auta je k)

waterlily said...

Kak Lily pun suka cerita seram - tapi cerita semut yang lawak ini telah dipersembahkan dalm bentuk yang......menyeramkan..hu..hu..hu..seram sungguh.
Salam kenal. Terima kasih kerana melawat space.

- j o h a r i - said...

hehehe..
thanks kak lily
salam perkenalan gak
byk2 mntk tnjk ajr ye

オダ - OD@ said...

hahhahahaha....semut rupanya

abeming said...

eh..bila nak update cerita baru ni...aku dtg dgn harapan ada cerita best nak dibaca...huhu

edriaty said...

lawak.

- j o h a r i - said...

+ oda
thanks sudi membaca
ini kisah benar ni

+ abeming
aku dh xde idea nk menulis ni
adakah ini reaksi normal penulis blog yg baru seperti aku?

+ aty
aku separuh seram tulis ko bleh ckp lawak? nmpknya kisah seram aku masih blom cukup seram
bila ko nk ke bahrain?aku nk kirim gak

edriaty said...

hahah..ko nak kirim mende?

 

Some Contents

Categories