Skeleton Coffee - Drink At Your Own Risk

    It does not require many words to speak the truth.
13 comments

please queue up...

Wednesday, January 30, 2008


"HEY!!!"

"lu x reti beratur ke!!??"

herdik nyonya di belakang aku.
beberapa tapak sebelum aku sampai ke kaunter.
aku toleh ke belakang. di tangan nyonya terdapat beberapa helai bil utk di bayar.

"celaka lu nyonya, ckp elok2 x bleh ke?" jwb aku dlm hati sambil berundur ke tepi.

sampul surat poslaju aku kepit kemas di celah ketiak. sempat gak aku berdoa smpul surat aku ni ditukar dgn kepala nyonya..biar lumat kepala nyonya aku luku2..

nyonya terus melangkah ke kaunter dgn wajah yg bonggak..

"sori auntie..kaunter ni utk poslaju je..auntie gi amik no kt depan pintu tu ye.."

lembut je suara pegawai tu..dan percayalah, itulah suara paling lunak pernah aku dgr bulan ni..

"oh ye ka? sini x bleh byr ha?"

nyonya cuba cover malu..ekor mata nyonya menatap aku..

"hahahaha!!! padan muka lu nyonya!!! tu la, berlagak sgt dgn aku tadi kan!! rasakan..wek wek, nyonya busuk " aku mengejek2 nyonya dlm hati..

nyonya beransur lesu sambil menatap senyuman sinis yg telah aku set khas utknya..

"lain kali beratur ye nyonya..." kata aku, juga dlm hati..

sekian..
10 comments

satu hari..satu malam

Sunday, January 27, 2008

~pagi yg gelap, kini sudah terang.. aku adikmu..dan engkau abang~

lagu "pagi yg gelap" nyanyian hujan tiba2 saja memecah keheningan pagi & menjamah setiap rongga telinga aku, mentertawakan aku yg masih lg asyik di ulit mimpi. yee la!! aku sedar..pagi yg gelap, kini sudah terang. dan aku masih lg terlelap, sedangkan semalam aku berjanji dgn ayah utk pulang. ermm...mengenangkan jnji itu & ayah juga begitu teringin aku blk, aku pon mengumpul segala kekuatan yg ada utk bgn. dlm angan dan sedar, aku lontarkan pandanganku melepasi geriji jendela..."argghhh..masih pagi.." kataku menyedapkan hati. padahal aku sendiri dah tahu, hari sendiri pasti akan malu jika aku menggelarnya "masih pagi"..

perjalanan ke kampung mengambil masa kira2 3 jam. sudah pastilah perjalanan yg panjang itu memenatkan segala sendi2ku lantas membunuh segala keriangan di hati.. aku menjadi bosan dgn perjalanan ini. maka bercambahlah segala angan2 di mindaku dlm beraneka kategori bg menghilangkan rasa bosan itu. org kata.. " jauh perjalanan, luas pengalaman ". maka aku yg di landa kebosanan melampau ini menciptalah satu teori penaakulan mantik berdasarkan "kata org" tadi. kalo aku andaikan 1 km = 1 m2 pengalaman, maka perjalanan 150 km ini pasti akan memberikan aku 150 m2 pengalaman. mmg luas pengalaman yg akan aku dpt ni, hujah aku bangga walaupon aku tau teori itu mengarut dan tidak berasas. teori sengal itu sekadar singgah utk menyelamatkan aku yg kebosanan.

setibanya aku di rumah, mak terus bertanya " laaa..apsal la nk blk x ckp awl2..?". satu pertanyaan yg sudah aku duga & acapkali aku dgr setiap kali aku pulang ke kampung. maaf la mak, sebenarnya mmg bkn gaya aku utk memberitahu mak yg aku mahu pulang. pertama, aku x mau mak risaukan aku & keduanya aku mmg mls nk bgtau, huhuhu..dan setelah aku selesaikan tanggungjawab aku sebagai seorg anak, aku pon mengambil keputusan utk berehat saja di sofa..satu tindakan yg sgt tepat ku kira, kerana aku dpt rasakan seluruh rakyat jelata dlm badanku menyanyi2 riang seolah2 pendana menteri mereka mengisytiharkan thaipusam adalah cuti umum.

dan malam pon menjelma menggantikan siang yg melesukan. di ruang tamu, semua mata memandang tepat ke arah kotak ilusi berjenama LG. sambil menonton berita mlm itu, aku & ayah berborak2 mengenai kehidupan aku di kota jb. sehinggalah mlm yg gelap bertambah gelap, kotak ilusi td masih setia menghidangkan cerita2 yg menarik utk kami sekeluarga. kebetulan kisah yg dihidangkan kali ini ade kaitan dgn perang. maka berselang-seli lah crte itu dgn crte atuk mengenai kisahnya semasa penaklukan jepun di tanah melayu. aku yg kelesuan itu hnya mampu mengiyakan saja crte atuk, itu pon dgn nada yg mls.. adakalanya crte atuk nmpk rancak apabila disertakan skali dgn sound effect rekaannya sendiri... dan crte yg menarik itu telah menjadi ubat tido yg sgt mujarab.. umpama bedtime story, aku hanyut dlm kisah atuk sehinggakan aku x sedar mata ini sudah pun terlena. tapi yg pasti.. atuk mesti masih lg bercerita walaupon aku sudah mula melancarkan bom2 dengkuran ke atasnya..

dan malam terus menyanyi, mendendangkan sebuah lagu yg cukup indah, membuai seluruh isi perut rumah ini ke dlm dunia fantasi mimpi..semoga cahaya mentari pagi akan membawa seribu keceriaan dlm rumah ini..selamat mlm ayah, mak n atuk..sekian..
12 comments

makhluk hitam...

Friday, January 25, 2008

"joe..bangun joe.."

sepi...

"joe..bangun joe.."

panggilan halus itu membuatkan aku teringat akan sebuah crte seram yg pernah aku tonton satu ketika dulu..

"joe..bangun joe...ni tempat aku joe.." kata2 hantu dlm crte tersebut..cukup menyeramkan..

namun panggilan halus tadi tidak pula menggerunkan aku, malah aliran darah ini tetap pada paras normalnya. lantaran itu, aku pun bangun dari lena seperti biasanya aku bangun dari lena, tanpa ada sedikit pon rasa gementar. aku tahu..panggilan itu hanyalah suara yazid yg begitu setia menjadi jam loceng aku di kala pagi.

jadi aku pon beranggapan, pagi ini pastilah sama seperti pagi2 sebelum ini..bangun, mandi dan ke pejabat. tapi tatkala mata ini mula di buka, aku tau, jangkaan aku ini tidak tepat sama sekali..jauh di sudut ruang tamu Teratak 42 itu, kornea mataku terpandang pada suatu makhluk halus berwarna hitam. Imej kelibat itu tidaklah jelas pada pandangan aku, kerna aku sendiri sedikit rabun. tapi yg pasti, aku nmpk makhluk itu mundar mandir..ke kiri & ke kanan..seolah2 berjalan tanpa hala tujuan. Walaupon pergerakan makhluk itu nmpk rawak, tapi jelas ianya menghala ke arah aku. aku tetap tenang. tapi adakalanya terpikir jua di benak ini, masih bermimpikah aku ini?...

terpikir jua aku utk mengutarakan perkara ini kpd yazid. tidakkah dia nmpk akan kelibat itu..tp mulut ini seolah2 sgt berat utk berbicara..

"kenapa begini.."

aku binggung...

"x kan yazid x nmpk kelibat tu?"

imej2 yg menyeramkan dlm drama "Saka" mlm td berlegar2 dlm fikiran aku. aku mengambil keputusan utk berdiam diri, kerna aku x pasti sama ada yazid akn percaya dgn kata2 ku tu nnti. sejurus kemudian, makhluk tadi tidak lagi kelihatan..jantung tetap berdenyut normal. aku bingkas bangun dari kamar beradu dan mencapai sehelai kemeja lalu ke bilik yazid utk menghilangkan kedut2 yg melekat di kemeja ku.

di bilik yazid, aku membentangkan sehelai sajadah utk aku jadikan pengalas. seterika aku panaskan, dan aku mula menggosok baju. tiba2 aku rasakan masa terhenti di ruang ini. mata ini sekali lg terpana pada satu susuk hitam di hujung sajadah..begitu hampir denganku. kali ini jelas kelihatan, kelibat hitam itu mempunyai mata yg besar dan gigi yg tajam. seterika di tgn aku genggam kemas, menanti ape jua kemungkinan. mata aku pejamkan seketika sementara hati bula berbisik...

" aku tau kau mmg x kn kacau aku..tp kalau ko wat sesuatu, aku bkr ko dgn seterika ni.."

dan ketika aku buka semula mata ini, aku lihat kelibat itu mundar-mandir meninggalkan aku.

seketika kemudian aku mula sibuk memberus gigi di kamar mandi smbil mataku aku tumpukan pada gigi2 ku di cermin. sekali lg mata ini teralih pada kelibat hitam yg terpantul pada cermin di hadapanku. aku sudah mls melayan itu semua. kali ini aku cukup binggung. masakan sampai ke bilik air aku di ekori.. aku cukup bimbang kalau2 benda itu mengapa2kan aku. aku cpt2 menyudahkan berusan aku. dgn pantas aku membuka pili shower. dgn lafaz bismillah, aku memulakan mandian. dlm samar2 aku lihat makhluk itu mula menggelabah, mencari tempat berlindung. mungkin takut terkena tempias air mandi yg aku mulakan dgn kalimah suci itu.

setibanya aku di pejabat..keadaan masih lagi sunyi. aku terus ke dapur utk membuat secawan kopi. dan pasti ianya bknlah skeleton coffee, kopi maya ciptaan aku sendiri. namun..seperti yg aku jangka, makhluk itu muncul lg berhampiranku. kali ini aku lihat seperti ada sesuatu mesej yg ingin ia tunjukkan padaku. aku nmpk makhluk itu mengangkat sesuatu yg sgt besar yg diangkat tinggi melepasi kepalanya. bnda itu kelihatan jernih laksana permata.

dan ketika itu perasaan takut tidak lg timbul dlm hati ini. bahkan aku menjadi kagum. aku sgt kagum dgn kehebatan makhluk ini. aku kagum dgn kekuatan ia mengangkat bebanan yg jauh lebih besar dari susuk tubuhnya. aku kagum dgn semangat berani yg ia tunjukkan. aku kagum dgn sifat rajin yg ia tunjukkan, bekerja tanpa pernah bersungut. dan yg plg mengagumkan aku ialah.. ia hanyalah seekor semut...makhluk tuhan yg sgt rajin..sekian..

7 comments

Langkah Pertama

Thursday, January 24, 2008


" Setiap impian bermula dengan langkah pertama "

Ceria mentari pagi ini dapat aku rasakan ade kelainannya. Sinarnya yg cukup cerah itu menyinar ke segenap pixel kornea mataku yg sedang dlm perjalanan ke pejabat. Sang mentari pagi ini seolah2 dpt merasakan ade sesuatu yg menarik akan aku lakukan sebentar nnti. Dan ternyata ianya benar. Aku tidak pun memulakan tugasan pagi ini seperti biasa. Dlm fikiran ini aku rasakan ade suatu irama yg sgt indah utk aku luahkan. Lantaran itulah, aku membenarkan jari-jemariku ini, menari2 lembut di atas pentas keyboard dalam iramanya tersendiri. Namun, sering saja langkah tari jemari terkaku, dek ketandusan idea pereka rentaknya. (aku sendiri la)…

Tapi semua itu telah aku duga sebenarnya. Mungkin kerana ini adalah hasilku yg pertama, lenggok penari pastinya sumbang di sana sini, alunan muzik pastinya terabur dan bercelaru, dan jalan cerita pula adakala membosankan… Dlm diam, tatkala jari2 ini sibuk menari2, hati ini sering pula berbisik.." setiap impian bermula dengan langkah pertama..". Dgn itu, langkah tarian terus aku atur, pentas sudah mula aku hias, dan jln crte makin berlegar di kepala ini.. Namun, tarian jemariku ada kalanya terhenti kerana aku sendiri masih kabur dgn dunia pementasan blog yg sgt baru wat aku. Aku sedar, ternyata bukan mudah buat aku, yang begitu asing dlm pementasan "blog" ini utk meneruskan gerak langkah tarian ini. Malah utk melangkah ke pentas ini jua, aku sering kali tersadung, tersungkur, kerna kekuatan utk menulis itu masih aku simpan dlm hati..tidak aku luahkan..

Namun itulah, kerana aku berimpian, kerna aku menginginkan..suatu pentas yang cukup luas untuk aku meluahkan segalanya. pentas yg aku sendiri reka, yang aku sendiri pencetus muziknya dan aku sendiri penulis jln crtenya. pelakon dan penarinya pula adalah jari jemariku sendiri yg taat setia. Skrip lakonan, lenggok penari, alohan pentas adalah hasil cetusan idea aku sendiri. Dan jatuh bangunnya pementasan ini juga, adalah hasil tangan aku sendiri. Dan dgn bantuan revolusi sel-sel dlm hati & otak aku ini, maka terhasillah coretan pertama aku dlm “Skeleton Coffee” ini. Yg aku harapkan, jari jemariku x kan berhenti menari di sini, cetusan idea pula tidak akan pernah surut.Sekian

p/s : Thanks to Yazid, Kucai, Fa n semua ahli Teratak 42 yg begitu encourage aku utk menulis. Diorg ni la sifu2 aku.

 

Some Contents

Categories