Skeleton Coffee - Drink At Your Own Risk

    It does not require many words to speak the truth.

Bangsa Malaysia

Tuesday, February 3, 2009



Petang ni, seperti normalnya petang seorang yang berkerja makan gaji seperti aku, pulang ke umah setelah memenatkan diri di ofis, mencari gaji yg akhirnya akan abis jua dihujung bulan..Sampai umah hujan turun renyai2, menyebabkan aktiviti jogging aku tertangguh lagi wat kali yg ntah ke berapa.. So, majalah mastika abg aku dijadikan juadah penghilang bosan..Artikel pertama keluaran januari ni cukup menarik, dan mencetuskan idea aku untuk menulis..(pandai2 la korg cari mastika januari 09 kalo xde). Artikel ni pasal org2 pertama yg ko kenal.

Seingat aku, org Cina pertama yg aku kenal ialah "Agong"..atau mungkin nama sebenarnya Ah Gong aku x pasti kerna kali pertama aku melihatnya tatkala aku berusia 4 thn. Agong seorang penjual sayur yg selalu menjaja sayur2nya dikampung nenek aku (Tok Wan) di Kampung Parit Hj. Anuar, Muar mengunakan basikal roda tiganya. Agong sgt baik, tetapi sgt2 la plak ditakuti oleh aku kerna pada masa itu tersebar cerita dongeng di kalangan persatuan kanak2 kampung yg Agong ni menjual budak. Malah setiap kali dia dtg, tok wan pasti menyuruh kitaorg (aku n sepupu2 aku) berkelakuan baik supaya Agong x tangkap kitaorg utk dijual. Malah Agong sendiri pernah memberi gula2 cap Arnab kepada aku. Tetapi aku buang gula2 itu kerna aku mengimaginasikan bahawa ianya adalah satu helah Agong utk menangkap aku..

Org India pertama yg aku knal ialah "Mr. Samy", seorang lelaki buncit bermisai pintal. Dia adalah tuan rumah tempat akak aku menyewa sekitar tahun 1994. Dia hnya akan muncul sebulan sekali, dan soalan wajib yg akan dia tnya ialah..."u punya akak ada?"..Adakala dia dtg bersendirian, adakala bersama isteri dan anak2nya. Dari crite emak n akak, anak2 dia semuanya pandai2 belaka, dan mmpu bertutur dlm byk bahasa..bagi aku yg pada masa itu masih kanak2, tidak pula merasakan yg "bleh bertutur byk bahasa" tu sebagai sesuatu yg hebat jika dibandingkan dgn kehebatan seseorang melastik burung dgn tepat.

Dan org putih pertama yg aku knal ialah "Miss Julie", kwn akak semasa dia bersekolah di London dulu..One day miss Julie came to Malaysia and stayed in our home. So jadi la mcm ayam n itik. Sepatah haram yg miss julie ckp aku x phm.. satu petang akak membawa miss julie n aku bersiar2 di pekan Parit Sulong..Miss Julie bertanya, "what is your name?"..ayt ni mmg la sgt familiar bg kanak2 seperti aku..so dgn sopannya aku menjawab la.."my name is Johari Bin Hashim"..yeee, akak aku tergelak masa aku jawab tu..aku berasa cukup hairan.. dan mungkin miss julie merasakan yg aku la kanak2 paling skema pernah dia jumpa sepanjang perjalanan dia mengelilingi dunia..selepas tu ade la beberapa soalan lain yg miss julie tnya yg hanya mmpu aku jwb dgn senyuman. akak la yg menerangkan pada miss julie yg aku ni buta english..oohh, baru la aku merasakan yg anak2 Mr. Samy tadi sgt hebat..

Semakin hari, senarai kenalan2 aku ni pon bertambah..sebagaimana bertambahnya usia aku meniti hidup di Malaysia ni..dan benarlah kata-kata Tuhanku bahawa Dia menciptakan kita ini berbangsa-bangsa, agar kita saling mengenali. dan percayalah, hidup aku semakin berwarna-warni, ceria, bertambah indah dan meriah apabila kwn2 aku tidak saja bernama ahmad atau fajar, tetapi terselit jua nama2 seperti vaga, suresh, ah seng dan puang..

13 comments:

Yazid Husain said...

Aq tinggal serumah dengan raju.

en_me said...

very classic n touching one uoolsss.. hi abang joe, salammz dr me dikejauhannns

Noli said...

wah2..dh ramai org ko knl ek..bagus la memeriahkn bumi malaysia nih..moge ramai lagi yg berpikiran cam ko..dn bersangka baik ngn sume makhluk lainan bangsa..

Oda-オダ said...

emm aku kalo tanya pasal orang2 pertama aku kenal mesti tak ingat langsung... aku memang ada masalah ingatan nih...

Hint PerihaL said...

aku plak tinggal ngan dua org nepal kat flat desa skudai..dua nepal tu kawan yazid..

farazdaq said...

kawan sekolah aku orang siam..
aku x ingat nama die..tp bapak dia nama Perak Dit..

FendyHekka said...

erm kadang2 kenal nama jer x kenal budi bahasa... apa2 pn xkenal maka x cinta.. tol x?

President (wiir2000) said...

bkn saja kenal dari berbagai bangsa tapi jg dari pelbagai tempat.

terima kasih kawan!

=D

- j o h a r i - said...

+ yazid
raju itu sudah dikira melayu kerana bertutur dlm bhsa melayu, mengamalkan budaya hidup melayu dan beragama islam. dia layak diberi keistimewaan bumiputra

+ en.me
sgt jauh en.me berjalan ye..
salam dari saya yg dekat2 aja

+ chiq
tu x cmpur lg mat indon pertama, bangla pertama dan pelancong2 asing pertama yg lain.

+ oda
jgn byk sgt mkn semut..nnti mmg lupa,huhuhu

+ hint dari perihal
yazid pon dari nepal kah? kah kah kah!!

+ farazdaq
ayah kwn ko tu ade keturunan raja perak ke?

+ fendy
mungkin juga. tapi cmne nk kenal budi bhsa kalo orgnya saja masih x kenal.

+ president
tu la bukti kehebatan Nya..diciptakan kita ni utk saling mengenali

blackpurple @ jowopinter said...

Gula-gula Arnab tu yang mana satu ek? Ada jual lagi tak sekarang? :D

Fairuz said...

aku ada nickname baru.

-ravi-

addy+lynn=adlin said...

ko tak tulis pasal wedding ko ke?
tahniah.. aku tak tau pon ko kawen. sorry a..

- j o h a r i - said...

+ wak
rasanya skrg gula2 arnab tu dah xde..sbb mengandungi melamin

+ raju @ ravi
walau ape jua namamu..ko ttp org melayu yg suka pki baju playboy..
dan kotak rokok ko unik

+ adlin
sori la..cerita khwn dh lmbt sgt nk kuar..

 

Some Contents

Categories