Skeleton Coffee - Drink At Your Own Risk

    It does not require many words to speak the truth.
9 comments

Five Languages Dictionary

Thursday, May 28, 2009

kira2 dua bulan yg lepas semasa aku berjalan kaki setelah men'settel'kan segala urusan n hutang2 di bank, aku telah disapa oleh seorang bdk pompuan..bdknya kurus2 saja, berkulit gelap, bersuara sengau dan agak kurang sempurna..sambil membimbit sebuah beg di bahu, bdk tu tabah menyapa sesape saje termasuklah aku, utk menjaja buku2 yg dibawanya..

"assalamualaikum bang, saya ade jual buku..ni ade kamus 5 bahasa bagus utk kanak2, bla bla bla..." sape bdk tu sambil menayangkan kamus 5 bahasa yg dijajanya tadi..
"waalaikumsalam...xpe la dik, abg xde anak lagi la"..jawab aku acuh x acuh, mgkn kerana aku mmg x nak beli atau aku dah terlambat utk urusan dunia yg lain..tapi x nmpk pon riak wajah kecewa pada muka bdk tu..

bila aku dh masuk kete, dah start enjin, tiba2 terasa kesian plak kt bdk tadi tu..walaupun dia x sesempurna mana, tetap gak dia tabah berusaha mencari rezeki yg halal..jika dibandingkan dgn segelintir remaja skrg, yg hanya tau menghabiskan duit mak bapak, samseng2 jalanan yg mencari duit atas luka dan nyawa org lain, aku rasa bdk itu lagi sempurna..dan lebih berhak utk hidup sempurna..dan ketika itu jugalah hati kecik aku berdetik.."kalo aku jmpa bdk tu lagi, aku akan beli buku dia...".namun suratan takdir, ptg tu aku x lagi berjumpa dgn bdk pompuan tadi...

sehinggalah pagi tadi, setelah aku selesaikan segala urusan n hutang2 di bank (kali ni di bandar baru bangi) aku singgah seketika di warung mamak utk bersarapan pagi..satu situasi yg jarang2 skali aku lakukan..(bersarapan pagi di warung mamak seorg diri)..dan telah ditakdirkan tuhan, bdk tu muncul lagi dalam keadaan yg sama semasa pertama kali aku berjmpa dengannya..berbaju kurung hijau lusuh, membimbit beg dan menjaja buku..

dan dialog yg sama juga diungkapkannya.."assalamualaikum bang, saya ade jual buku..bla bla bla..." "waalaikumsalam..ermm..buku ape adik jual?" jawab aku serius..bdk tu terus lincah mengeluarkan buku2 yg dijualnya..antaranya ade la buku2 keagamaan, sirah nabi dan beberapa naskah yg lain..sehinggalah naskah yg terakhir.."...yg ni kamus 5 bahasa bang, ade bahasa english, arab, india bla bla bla..." bdk tu berceloteh dlm sengaunya.."ok la, abg beli yg ni.." smbl kamus 5 bahasa dan beberapa helai duit bertukar tgn.."terima kasih bang.."bdk tu pon berlalu pergi..

aku meneruskan sarapan aku..smbl tu sempat gak aku membelek2 kamus tadi..yg pasti kamus tu bknlah utk anak aku, sbb anak aku masih dlm perut lagi..jadi aku akan berikan kamus ni utk haziq n hanis (anak2 sedara aku) agar mereka bleh belajar bahasa2 yg lain dan seterusnya berjaya dalam hidup..harap2 mereka jadi org yg berguna dan pandai pula mencari rezeki yg halal..


...

ermm..suratan atau kebetulan?




9 comments

I Would Like To Present...

Thursday, May 21, 2009

pagi semalam wat kali yg-masih-boleh-dikira-dgn-tangan aku kuar gi keje sebelum jam 8.30 pg. ni semua gara-gara ade CPC presentation utk projek kt presint 14 itu. CPC presentation ni kira presentation yg wajib gak la di wat kpd JKR before umah-umah yg dah siap tu bleh di serahkan kepada diorg..

marriott hotel, putrajaya

yg bestnya presentation tu di wat kt summer palace, hotel marriott, putrajaya..summer palace tu mmg cantik, dihiasi dgn timbikar2 cina, meja tu ala2 cina punya, dah macam istana zaman cina purba..mmg sgt sesuai dgn tema 'santai' tgh hari tu..so mcm biasa, bila dah presentation tempat best2 cmni, org2 JKR pon dtg satu kampung..penuh dewan tu dgn org2 JKR..presentation bermula jam 12.00tgh hari..en. kamal selaku arkitek memulakan sesi perbentangan utk part arkitek. dan mcm biasa, part arkitek ni la yg paling byk skali kena tembak dgn pengarah JKR tu..mungkin sbb nasi belum sampai lagi masa tu..tu yg dia hangin semacam tu..

marriott hotel, putrajaya 2

tapi aku lagi hangin bila tiba masa aku present, masa tu gak la diorg hidangkan makanan tu..aku x tau la hotel ni mmg dengki atau iri hati dgn aku, tapi btul2 aku berdiri je, diorg pon sibuk la bawa masuk makanan. tak keruan beb masa aku present tu..mmg dlm otak nk cepat2 je abis..so bila aku tgk pengarah JKR tu pon dah start mkn, aku pon present je la sepantas mungkin.. pertama sbb aku tau, pengarah tu bkn nya tgk sgt dah aku present ape..keduanya sbb aku pon dah x tgk sgt dah ape yg aku present tu.. masing2 dah terbayang2 makanan kt depan mata tu..tapi yg bagusnya, pengarah jkr tu xde langsung nk tembak2 aku..so presentation berjalan dgn pantas dan lancar sahaja..

marriott hotel, putrajaya 2

so episod malang mkn2 aku berulang lagi..kali ni bila blk je ke meja aku, makanan2 yg dihidangkan tinggal pinggan saje..aku senyum je la pandang org2 JKR yg duduk sama meja dgn aku tu.. tapi ade gak la yg berhati mulia, save kan skit mknn2 tu dlm pinggan aku..dapat la gak aku merasa..utk kenyang...jauh sekali..

dah nasib badan...

...

terima kasih tuan2 dan puan2 sekalian



p/s : gmbr2 dipinjam dari Dato' Prof. Dr. Jamaludin Mohaiadin
13 comments

Happy Birthday Ayah

Tuesday, May 19, 2009

last weekend aku berkesempatan utk balik ke kampung aku di parit sulong, batu pahat, johor..rasanya agak lama gak dah x blk kampung. nasib baik aku bukan la si tanggang yg lupa asal usulnya..aku masih igt jalan2 menuju ke umah itu..x banyak perbezaan yang berlaku kt kampung cuma longkang saja yg berwajah baru..

happy birthday to ayah

tujuan balik ke kampung kali ni selain dah lama x balik, aku juga nk celebrate birthday ayah aku yg amat2 disayangi itu..sebagai seorang anak, mmg aku x kn mmpu membalas sepenuhnya jasa2 ayah membesarkan aku sampai terlebih besar skrg ni..so sekurang2nya aku akan cuba sedaya upaya utk wat ayah gembira selalu..

my dad and his cake

ternyata ayah cukup gembira mlm tu..dikelilingi anak2 yg menyanyikan lagu happy birthday to you..sambil ayah potong kek sempat gak la aku doakan ayah dimurahkan rezeki dan ditambahkan amal ibadah..cuma kegembiraan ayah x lama sebab tgk regu malaysia kalah lawan regu china dalam semi-final piala sudirman hari tu..ayah aku mmg minat sgt sukan badminton.

so for those yg masih mempunyai ayah..sayangilah mereka. doakanlah mereka selalu dan selalu2 la bertanyakan khabar mereka..igt balik jasa2 mereka yg membesarkan kita dan semampunya kita balas la balik kan..

saya sayang ayah..

...

kabi kushi kabi gam


13 comments

Happy Birthday To Me, Myself And I

Thursday, May 14, 2009

hari ni adalah 14hb mei 2009. hari lahir ayah yg ke-63. selamat hari lahir ayah, semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dibanyakkan amal ibadahnya,aaamin..dan semalam adalah 13hb mei 2009. hari lahir aku yg ke-25. selamat hari lahir aku. semoga aku juga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi seperti ayah yg sgt2 dihormati dan disayangi oleh anaknya ini, aamin..

x sempat nk susun, dh lapar sgt2

well, semperna hari keputeraan aku yg ke-25 semalam, tidak ada cuti umum diberikan kerana aku bukanlah seorang bangsawan negara. jadi hnya selepas keje la aku berkesempatan menyambut hari lahir aku ni bersama mak buyung tercinta itu. tahun ni agak special juga sbb aku menyambut hari lahir sebagai seorang "husband" and "ayah-to-be"... dan seperti biasa, restoran johnny's kegemaran mak buyung menjadi tempat sambutan itu..

lepas makan dan basuh tangan, kitaorg gi tgk wayang crite wolverine. layan gak la crte ni, ade gak adegan2 romantik kan. so smpai umah dlm pkl 1, baru la aku dpt mkn kek birthday aku yg sedap itu..xde tiup2 lilin, xde nyanyi2 "happy birthday to u" and xde pon parti2. hanya ucapan n kucupan syg dari mak buyung. dan itu bisa membuatkan aku rasa sgt2 gembira. im soooo happy!!

satu slice saje, beli byk2 krg x abis plak

ok, antara org2 ternama yg sambut birthday sama dgn aku, 13hb mei yg aku tau adalah

i) Ronald Ross - pemenang anugerah nobel (13hb mei 1857)
ii) Stevie Wonder - pemuzik (13hb mei 1950)
iii) Andrea Martina Klump - teroris dari german (13hb mei 1957)
iv) Robert Pattinson - pelakon (13hb mei 1986)

ermm..agaknya apekah yg akan aku atau kamu tinggalkan kepada dunia yg menjadi ingatan wat selamanya?

...

syabbas betey

13 comments

Yesterday I Was The Tuan Director

Wednesday, May 13, 2009

petang semalam aku dikerah oleh tuan director, Ir. Hj. Md. Nasir utk menghadiri satu seminar di hotel legend, kuala lumpur.. dan seperti biasa, aku selaku "pawns" akan sentiasa patuh dgn segala arahan yg diberikan..seminar tu dijadualkan berlangsung pada jam 8.30pg waktu tempatan di hotel legend, kuala lumpur..

legend hotel, kl. camera aku dh rosak..

aku sememangnya x tahu langsung kt mana hotel legend tu berada. yg tuan director bgtau hotel tu dkt dgn the mall. so aku igt naik komuter je la senang..kuar dari umah jam 7.30pg, dgn lincahnya aku bergegas ke stesen komuter batang benar. dlm hati sgt yakin perjalanan ke hotel legend tu akan amik masa kurang dari sejam je..tapi mungkin aku x mengambil kira beberapa faktor luaran yg lain..maka, jam 8.30pg la baru aku dpt naik komuter...(hampeh btul la lu komuter)

buku seminar itu



jadi seperti biasa la, aku terlewat lagi dan lagi dan lagi. kali ni aku sampai ke seminar tu tatkala org lain dah mula minum pagi. so aku pon join je la sekaki minum sama2.. bila dah pakai tag nama "IR HAJI MD. NASIR" tu, terpaksa la aku berkelakuan seperti enginner yg otai juga..walaupon hakikatnya sepatah haram pasal seminar ni aku x tau..beb, seminar "transport modeling for road infrastructure development" ni beb. ape kena mengena dgn aku? bila masa plak aku wat jalan raya..

semalam nama aku ialah Ir. Hj. Md. Nasir

so bila berborak2 dgn engineer2 yg otai tu..yg aku bleh jawab sekadar "ye ye, btul tu.." atau sekadar mengangguk2 "errmm.." mcm ahli bijak pandai. petang tu "behavior" aku mmg laksana seorang bangsawan..tiba2 rasa seronok plak bila bercampur jaul dgn ilmuwan2 ni..sedikit sebanyak dpt gak aku belajar "something new" daripada otai2 ni. dan sempat gak la bertukar2 "name kad" dgn beberapa kenalan engineer yg lain.

dan yg paling bestnya..makanan yg dihidangkan la..geram aku x leh mkn byk2 sgt sbb dlm mode : seorang bangsawan, huahuhahua..nway, thanks la tuan director. x pasal2 dpt gak aku mkn kt hotel..sedap wooo

...

emkoi emkoi

12 comments

Haji Shariff's Cendol

Monday, May 4, 2009

dlm mission JBKMM (Jom Balik Kampung Mak Mertua) pada cuti hari pekerja yg lepas, seperti biasanya aku ditugaskan sebagai jurupandu bertauliah. General Mak Buyung selaku ketua mission suruh aku mencuba jln baru (nilai-mantin-seremban)..jadi perjalanan agak slow sebab masih "jakun" dgn jln baru yg nyaman itu..kebetulan masa masuk je bndr seremban, aku terserempak dgn warong "Haji Shariff's Cendol" yg hijau itu.aku amik masa kurang 3 saat je utk wat keputusan berhenti dan makan disitu dulu.

Haji Shariff's Cendol (left view)

Haji Shariff's Cendol terletak di no.44, jalan yam tuan, seremban..mungkin cendolnya agak terkenal juga sbb aku nmpk ade beberapa pelancong dari singapura turut menikmati cendol disitu..dan suasana di situ juga begitu klasik sbb bangunan2 sebelah semua versi2 lama dan dah lama tertutup..

cendol pulut satu mangkuk je

aku order cendol pulut satu jeee..(x leh lebih2, krg mak buyung bising) manakala mak buyung order cendol biasa. cendol dia mmg sedap. mungkin bleh wat korg terangkat dari tempat duduk kira2 2 inci. mungkin juga bleh menandingi cendol-cendol en. me itewww..

rojak oney!! meja tiga!!

then mak buyung tetiba teringin plak nk mkn rojak.. sepantas kilat aku panggil itu macha.. "Rojak Oney!!"..so dpt la aku tumpang seperut dua dgn mak buyung. rojak dia pon bleh tahan juga sedapnya.. kira x menghampakan la keputusan aku berhenti seketika tadi.

Haji Shariff's Cendol (front view)

so bila perut dah kenyang, bleh la aku sambung mission JBKMM aku tadi..perjalanan menjadi semakin perlahan sbb muatan kargo dh bertambah dan mata pon semakin kuyu..tapi halangan seterusnya cukup mencabar, mencari tandas awam...

...

challoww betey
 

Some Contents

Categories