Skeleton Coffee - Drink At Your Own Risk

    It does not require many words to speak the truth.
17 comments

Simbei & Me

Wednesday, August 26, 2009


simbei n marley adalah serupa. yg membezakannya hanyalah spesis dan hukum najisnya..sejak akhir2 ni simbei dah semakin nakal..makin suka gigit tgn aku, masuk dlm kain bila aku nk semayang, baring2 atas sejadah bila org nk sujud, gigit rambut mak buyung bila mak buyung tido, melompat2 atas perut comel aku ni bila aku syok bermimpi, gigit kaki aku bila aku gerak2 skit, berjalan2 atas keyboard bila aku start wat keje, sambar mouse yg aku pegang sbb bergerak2 mcm tikus, bawa balik daun kering dlm umah pastu sepahkan, lampu ikea hadiah kahwin aku dah abis jadi arwah dikerjakan dek simbei, bergaduh x tentu pasal dgn bayang sendiri dlm cermin, sepah2kan barang2 aku dlm bilik, pantang org nk mkn dia pon sibuk nk naik atas meja mkn, semua wayar dlm umah dah x dara digigit simbei, pantang nmpk aku kemas laptop, dia pon sibuk nk masuk dlm beg laptop..

ermm....
walaubagaimanapun simbei tetap seekor anak kucing yg comel. simbei jugalah yg menjadi penyeri keluarga aku ni. bagi aku simbeilah joker @ badut dlm umah ni..aku akan tetap sayang simbei, dan aku percaya mak buyung juga begitu. cuma yg aku harapkan, biarlah cerita simbei & me ni, ada penghujung cerita yg menggembirakan..

A dog has no use for fancy cars...
or big homes or designer clothes.
A waterlogged stick, will do just fine.

A dog doesn't care
if you're rich or poor...
clever or dull, smart or dumb.

Give 'em your heart
and he'll give you his...

marley&me

...

cat also man best friend la..

10 comments

why i blog?

Saturday, August 15, 2009

awal2 subuh lagi aku dh tahu yg blog aku ni termasuk dlm list 66 org yg di"tagged" oleh en.me yg otai itewww..jadi oleh kerana tag ni senang diwatkan, maka dgn sepantas kancil aku membuatnya..cuma bab gmbr je la yg lambat skit sbb wat pon guna paint sajee..

jadi soalan tag kali ni ialah why i blog? atau kenapa saya berblogging?

1. follow the leader - dulu masa awal2 duk kt teratak 42 dgn yazid, fa, n kucai, diorg ni tiap2 mlm mesti mengadap pc or laptop utk update blog. then bila dah kena racun hari2, aku pon terjebak la sama..

2. play for fun - bila dh start berblogging, jadi seronok plak bila kenalan dari alam cyber ni, bertambah dari hari ke hari..lagi2 bila baca tulisan2 yg mencuit hati

3. sharing is caring - byk gak info2 yg aku x tahu, tapi korg tahu. jadi bila aku baca blog korg2 yg tahu, aku pon jadi tahu juga..tau xpe kan

4. give me some times - mengisi masa lapang..daripada duk melangu je dlm ofis mcm nasi lemak x laku, ade baiknya juga aku menulis sesuatu kan..

5. time capsule - bayangkan bila kita sudah berusia 60 tahun nnti (kalu umur panjang la, aamin), dah tentu la byk sel2 otak yg menyimpan memori silam rosak. jadi bila dh tertulis di sini, selagi x nyanyuk bleh la kita baca kisah2 silam kita kan..

itu saja la kot..so sape plak nk kena tagged dgn aku ni? en.me itu sudah letak sampai 66 org ditaggednya..aku pnya list cuma sekangkang kera je ramainya..jadi aku pikir aku tag teratak 42 saja la..jadi yazid, fa n kucai, rajin2kan la diri menjawab tag ini yaaa

...



sebesar rumah bermula dgn sekecil bata
9 comments

Best Buddies 2009 Arward

Tuesday, August 11, 2009

ni adalah kali pertama kot dpt award..mgkn sbb senang, jadi sy wat la..award ni diterima dari kawan sy, en.yazid itu..

1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda.

- sudah

2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini

i. seorang yg serba tahu
ii. baru berkahwin
iii. suka ambik gambar dgn D40X dia
iv. seorang blogger tegar
v. seorang yg berfalsafah & berprinsip
vi. seorang yg stylo

3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

i. sudah berkahwin....ye anak2 gadis sekalian
ii. bakal menjadi bapa x lama lagi tau
iii. ade seekor kucing bernama simbei
iv. seorang blogger picisan
v. penyokong kuat liverpool
vi. suka main futsal walaupon x seterer mana
vii. suka gi usha baju kt bundle
viii. BMI dah lebih tahap ideal (ini fakta ok)
ix. sedang belajar2 memasak (tahap 1 - belajar cara2 nk hidupkan api gas)

4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka...

i. cik ciqa - antara sahabat baik mak buyung n aku
ii. wiwit - member aku n mak buyung gak, yg pipinya tembam
iii. yuyun - pon member aku n mak buyung gak, baru dpt baby
iv. bro izman - tulisannya mcm cendawan ketawa, baca pasti gelak
v. linda - tempat blajar nk jadi parents yg baik
vi. kak zita - entry kali ni wat aku insaf...
vii. hemy - member baru ni, tapi best gak

sebenarnya aku mmg nk bagi kat semua yg ade kt list aku sebelah tu..tp nk discribe satu2 yg lecehnya tu..so, korg dpt award ni ok..cepat2, wat kt blog korg plak

Soalan Tambahan

5. Nama Timangan - joe, jojo, b (yg ni sorg je bleh panggil ok)..

6. Anda seorang yang? - cuba menjadi baik kepada semua org n binatang

7. Insan yang teristimewa? - mak buyung saya la..

8. Lagu kesukaan? - xde batasan, selagi sedap didengar

9. Makanan kesukaan? - yg dibelanja oleh kontraktor, hahaha

10. Sikap yg membuatkan anda stress? - merendah2kan keupayaan orang lain

11. Warna kegemaran anda? - biru

12. Benda mesti ada dlm beg? - kunci ofis (kalo x kena bebel), laptop (supaya dimana saja berada, bleh wat keje), charger laptop (kalo x mcm x bawa laptop), kabel handphone (senang nk transfer gambar site)

13. Kali terakhir anda menangis? - aku adalah lelaki yg lupa bila kali terakhir dia menangis (perghhh)..

...

friendship never die

8 comments

Happy At The Peak

Monday, August 10, 2009

genting highland theme park

seperti biasa di pagi isnin, aku masih lagi mengharapkan hari ni hari ahad..masuk hari ni sudah 2 kali hari isnin sakit monday blues aku ni melanda (uhuk..uhuk..aku terbatuk2 sakit). semuanya gara2 bercuti n bergumbira sakan di hujung mggu sampai x hengat esok kerja.. mggu lepas sudah pergi ke genting highland theme park, mggu ni pula ke cosmo world theme park kt times square.

mak buyung n kawan2 kami

mmgu lepas aku gi genting highland dgn mak buyung, cik ciqa n beberapa kawan masa study dulu. utk menjimatkan kos makanan kt atas tu, awal2 lagi aku n mak buyung dah bawa bekal dalam "periuk nasi hadiah kahwin" utk dimakan beramai2.. bila masing2 dh kenyang, aku la yg ditugaskan utk membawa n menjaga periuk nasi tu..tapi x kan la sampai nk naik roller coaster pon aku kena bawa periuk nasi tu kan, krg ape pula kata pelancong2 asing tu..jadi aku pon tinggalkan la periuk nasi tu kt tempat duduk..alih2 pas seronok gaban bermain2, aku tgk periuk nasi aku dh xde ditempat yg sepatutnya..dah periuk nasi aku pon kena rembat gak..hampeh sungguh..mgkn sudah sampai ke negeri alab la periuk nasi aku tu.. korg tgk2 la gmbr2 keseronokan kitaorg kt blog cik ciqa itu..tgk la gmbr kenangan aku n periuk nasi itu..

me n mak buyung

cosmo world, berjaya times square

semalam plak aku ke cosmo world theme park kt times square bersama anak2 buah aku yg baru blk dari vietnam. kt vietnam skrg tgh summer holiday, so mak diorg merangkap kakak aku pon bawa la diorg blk ke malaysia supaya diorg x lupa asal usul..ni adalah kali pertama sebenarnya aku ke cosmo world tu, jd aku la yg terlebih2 excited berbanding bdk2 tu..dia punya roller coaster mmg best la, cukup membuatkan aku terjerit2 macam bapok diragau mat rempit. aku terlalu excited sampai lupa nk makan.. bila perut lapar ditambah dgn main bnda2 yg pusing2 tu, kepala aku dh mcm kipas berpusing2..mmg pening sgt. terpaksa la mak buyung mengurut2 kepala aku..akhirnya terpaksa la aku beli ubat (large set spicy chicken mc duluxe) kt mc donald tu..

adik aku n anak2 sedara

roller coaster yg gila itu

...

oh..hari ni hari isnin la..
 

Some Contents

Categories