Skeleton Coffee - Drink At Your Own Risk

    It does not require many words to speak the truth.
9 comments

The (Un)Forgotten Friend

Sunday, November 1, 2009


Bro, ujang meninggal ko tau x?

satu pesanan ringkas menerjah masuk dlm handset aku ptg semalam jam 7.40pm. sepantas kilat wajah ujang bermain2 dlm minda aku. gelak tawanya, gurau sendanya, bebel2annya, aduan2nya dan yg penting segala tunjuk ajarnya aku imbas satu persatu. hati ini sebak..

ujang merupakan salah seorang senior draugtman dlm HQ company aku ni. dulu masa aku baru2 saja mencipta karier dlm company ni, dialah sifu aku, mentor aku, guru, cikgu, pengajar dan segala macamnya bagi aku. cuma masa aku n ujang x panjang. aku ditransfer ke shah alam, dan dia pula di'transfer' ke syarikat lain. sejak itu kami jarang2 berhubung. sekali sekala ade juga aku menjenguknya melalui sms atau tepon company. tapi terlalu jarang.

beberapa minggu yg lepas, hati aku kuat sgt nk menelefon ujang. tetapi lantaran tempo sibuk bekeje yg x menentu, aku sering kali terlupa. jap lagi la, pas siap ni la, mlm krg la, pas lunch la..akhirnya sampai dpt msg ptg tu pon aku x terdail lagi no. phone ujang. mmg agak terkilan juga..

sebagai seorang yg pernah menjadi anak didik ko, xde ape yg lebih aku harapkan melainkan agar ko tenang di sana..segala kesilapan2 ko yg lalu dah lama aku buang jauh2. aku harap setiap abjad yg ko ajarkan pada aku, ko halalkan. aku akan gunakannya supaya ianya menjadi "ilmu yg bermanfaat". al-fatihah buat ko ujang..



...
pohon nan rendang,
daunnya lebat,
dan buahnya manis


 

Some Contents

Categories