Skeleton Coffee - Drink At Your Own Risk

    It does not require many words to speak the truth.
8 comments

The (Un)Forgotten Friend

Sunday, November 1, 2009


Bro, ujang meninggal ko tau x?

satu pesanan ringkas menerjah masuk dlm handset aku ptg semalam jam 7.40pm. sepantas kilat wajah ujang bermain2 dlm minda aku. gelak tawanya, gurau sendanya, bebel2annya, aduan2nya dan yg penting segala tunjuk ajarnya aku imbas satu persatu. hati ini sebak..

ujang merupakan salah seorang senior draugtman dlm HQ company aku ni. dulu masa aku baru2 saja mencipta karier dlm company ni, dialah sifu aku, mentor aku, guru, cikgu, pengajar dan segala macamnya bagi aku. cuma masa aku n ujang x panjang. aku ditransfer ke shah alam, dan dia pula di'transfer' ke syarikat lain. sejak itu kami jarang2 berhubung. sekali sekala ade juga aku menjenguknya melalui sms atau tepon company. tapi terlalu jarang.

beberapa minggu yg lepas, hati aku kuat sgt nk menelefon ujang. tetapi lantaran tempo sibuk bekeje yg x menentu, aku sering kali terlupa. jap lagi la, pas siap ni la, mlm krg la, pas lunch la..akhirnya sampai dpt msg ptg tu pon aku x terdail lagi no. phone ujang. mmg agak terkilan juga..

sebagai seorang yg pernah menjadi anak didik ko, xde ape yg lebih aku harapkan melainkan agar ko tenang di sana..segala kesilapan2 ko yg lalu dah lama aku buang jauh2. aku harap setiap abjad yg ko ajarkan pada aku, ko halalkan. aku akan gunakannya supaya ianya menjadi "ilmu yg bermanfaat". al-fatihah buat ko ujang..



...
pohon nan rendang,
daunnya lebat,
dan buahnya manis


9 comments

Papadom

Saturday, October 31, 2009


sudah lama x menulis, jadi agak kekok dan kaku serta lidah pon kelu. jadi utk entri kali ni biarlah ianya yg ringan2 saja. seringan papadom rasanya.

ya, aku sudah pon menonton filem papadom arahan Afdlin Shauki. kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom. tapi bagi aku filem ini bukan sekadar kisah mengenai bapa, anak dan papadom saja, ianya lebih dari itu. sememangnya filem ini layak dinobatkan sebagai filem terbaik dan aku rasa sgt2 berbaloi untuk menontonnya di wayang jika nak dibandingkan dengan cerita sifu & tongga, anak mami what-so-ever.

semua elemen digarap dengan baik oleh Afdlin Shauki dlm crte ini. elemen lawak yg tepat dan sememangnya lawak (bukannya lawak2 bodo yg membuat org menangis utk ketawa), dan pastinya elemen sedih yg bisa saja membuat mak buyung mengalir air mata. aku juga sebenarnya menitiskan air mata tapi dlm hati saja. smpi ade satu babak tu, aku ckp dlm hati.."cukup..kalo x abis babak sedih ni gugur air mata aku ni.."

mungkin sedikit sebanyak apa yg Saadom wat dalam crte ni aku bleh jadikan panduan bila dah bergelar bapa nnti. mmg x sangka ya ade bapa yg sanggup bersusah payah untuk anaknya. mmg aku tabik la kat saadom. mungkin atau aku juga berharap, bila sudah memegang title ayah nanti, aku juga bisa berbuat demikian, untuk anak2 aku dan untuk keluarga aku..


papajoe

17 comments

Simbei & Me

Wednesday, August 26, 2009


simbei n marley adalah serupa. yg membezakannya hanyalah spesis dan hukum najisnya..sejak akhir2 ni simbei dah semakin nakal..makin suka gigit tgn aku, masuk dlm kain bila aku nk semayang, baring2 atas sejadah bila org nk sujud, gigit rambut mak buyung bila mak buyung tido, melompat2 atas perut comel aku ni bila aku syok bermimpi, gigit kaki aku bila aku gerak2 skit, berjalan2 atas keyboard bila aku start wat keje, sambar mouse yg aku pegang sbb bergerak2 mcm tikus, bawa balik daun kering dlm umah pastu sepahkan, lampu ikea hadiah kahwin aku dah abis jadi arwah dikerjakan dek simbei, bergaduh x tentu pasal dgn bayang sendiri dlm cermin, sepah2kan barang2 aku dlm bilik, pantang org nk mkn dia pon sibuk nk naik atas meja mkn, semua wayar dlm umah dah x dara digigit simbei, pantang nmpk aku kemas laptop, dia pon sibuk nk masuk dlm beg laptop..

ermm....
walaubagaimanapun simbei tetap seekor anak kucing yg comel. simbei jugalah yg menjadi penyeri keluarga aku ni. bagi aku simbeilah joker @ badut dlm umah ni..aku akan tetap sayang simbei, dan aku percaya mak buyung juga begitu. cuma yg aku harapkan, biarlah cerita simbei & me ni, ada penghujung cerita yg menggembirakan..

A dog has no use for fancy cars...
or big homes or designer clothes.
A waterlogged stick, will do just fine.

A dog doesn't care
if you're rich or poor...
clever or dull, smart or dumb.

Give 'em your heart
and he'll give you his...

marley&me

...

cat also man best friend la..

10 comments

why i blog?

Saturday, August 15, 2009

awal2 subuh lagi aku dh tahu yg blog aku ni termasuk dlm list 66 org yg di"tagged" oleh en.me yg otai itewww..jadi oleh kerana tag ni senang diwatkan, maka dgn sepantas kancil aku membuatnya..cuma bab gmbr je la yg lambat skit sbb wat pon guna paint sajee..

jadi soalan tag kali ni ialah why i blog? atau kenapa saya berblogging?

1. follow the leader - dulu masa awal2 duk kt teratak 42 dgn yazid, fa, n kucai, diorg ni tiap2 mlm mesti mengadap pc or laptop utk update blog. then bila dah kena racun hari2, aku pon terjebak la sama..

2. play for fun - bila dh start berblogging, jadi seronok plak bila kenalan dari alam cyber ni, bertambah dari hari ke hari..lagi2 bila baca tulisan2 yg mencuit hati

3. sharing is caring - byk gak info2 yg aku x tahu, tapi korg tahu. jadi bila aku baca blog korg2 yg tahu, aku pon jadi tahu juga..tau xpe kan

4. give me some times - mengisi masa lapang..daripada duk melangu je dlm ofis mcm nasi lemak x laku, ade baiknya juga aku menulis sesuatu kan..

5. time capsule - bayangkan bila kita sudah berusia 60 tahun nnti (kalu umur panjang la, aamin), dah tentu la byk sel2 otak yg menyimpan memori silam rosak. jadi bila dh tertulis di sini, selagi x nyanyuk bleh la kita baca kisah2 silam kita kan..

itu saja la kot..so sape plak nk kena tagged dgn aku ni? en.me itu sudah letak sampai 66 org ditaggednya..aku pnya list cuma sekangkang kera je ramainya..jadi aku pikir aku tag teratak 42 saja la..jadi yazid, fa n kucai, rajin2kan la diri menjawab tag ini yaaa

...



sebesar rumah bermula dgn sekecil bata
9 comments

Best Buddies 2009 Arward

Tuesday, August 11, 2009

ni adalah kali pertama kot dpt award..mgkn sbb senang, jadi sy wat la..award ni diterima dari kawan sy, en.yazid itu..

1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda.

- sudah

2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini

i. seorang yg serba tahu
ii. baru berkahwin
iii. suka ambik gambar dgn D40X dia
iv. seorang blogger tegar
v. seorang yg berfalsafah & berprinsip
vi. seorang yg stylo

3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

i. sudah berkahwin....ye anak2 gadis sekalian
ii. bakal menjadi bapa x lama lagi tau
iii. ade seekor kucing bernama simbei
iv. seorang blogger picisan
v. penyokong kuat liverpool
vi. suka main futsal walaupon x seterer mana
vii. suka gi usha baju kt bundle
viii. BMI dah lebih tahap ideal (ini fakta ok)
ix. sedang belajar2 memasak (tahap 1 - belajar cara2 nk hidupkan api gas)

4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka...

i. cik ciqa - antara sahabat baik mak buyung n aku
ii. wiwit - member aku n mak buyung gak, yg pipinya tembam
iii. yuyun - pon member aku n mak buyung gak, baru dpt baby
iv. bro izman - tulisannya mcm cendawan ketawa, baca pasti gelak
v. linda - tempat blajar nk jadi parents yg baik
vi. kak zita - entry kali ni wat aku insaf...
vii. hemy - member baru ni, tapi best gak

sebenarnya aku mmg nk bagi kat semua yg ade kt list aku sebelah tu..tp nk discribe satu2 yg lecehnya tu..so, korg dpt award ni ok..cepat2, wat kt blog korg plak

Soalan Tambahan

5. Nama Timangan - joe, jojo, b (yg ni sorg je bleh panggil ok)..

6. Anda seorang yang? - cuba menjadi baik kepada semua org n binatang

7. Insan yang teristimewa? - mak buyung saya la..

8. Lagu kesukaan? - xde batasan, selagi sedap didengar

9. Makanan kesukaan? - yg dibelanja oleh kontraktor, hahaha

10. Sikap yg membuatkan anda stress? - merendah2kan keupayaan orang lain

11. Warna kegemaran anda? - biru

12. Benda mesti ada dlm beg? - kunci ofis (kalo x kena bebel), laptop (supaya dimana saja berada, bleh wat keje), charger laptop (kalo x mcm x bawa laptop), kabel handphone (senang nk transfer gambar site)

13. Kali terakhir anda menangis? - aku adalah lelaki yg lupa bila kali terakhir dia menangis (perghhh)..

...

friendship never die

 

Some Contents

Categories