Skeleton Coffee - Drink At Your Own Risk

    It does not require many words to speak the truth.
23 comments

Bandar Cinta Abadi

Sunday, March 2, 2008

bagaikan sirih pulang ke gagang, kepulangan aku ke kuantan, pahang tempoh hari disambut meriah oleh sang hujan yang x henti2 turun sejak mula lagi kereta Gen-2 ajip (ofismate aku) meredah highway pantai timur (LPT). tujuan aku ke kuantan kali ini tidak lain dan tidak bukanlah hanyalah atas urusan kerja semata2. ke mentakab utk meeting projek Pularis, ke temerloh utk menghantar plan telefon ke TM dan ke Balai Bomba Kuantan utk menghantar lukisan plan "fire fighting". amir, engineer mekanikal merangkap supervisor aku x abis2 bertanya "ape yg best joe kt kuantan ni?" seolah2 aku lahir dan membesar di bndr kuantan ni. bg aku, yg bestnya tentang kuantan ni tentulah kenangan2 manis yg dipahat indah2 oleh rakan2ku di zaman siszawah. dan paling indahnya kuantan ni juga adalah kerana di sinilah aku menemui kekasih hatiku. sehingga aku memberi gelaran "Bandar Cinta Abadi" kepada kuantan atas keindahannya itu.

namun, adakah semua "yg best" bagiku di kuantan ini mampu menjadi "yg best" juga bagi amir n ajip. aku berkira2 jua utk membawa mereka ke Teluk Cempedak (TC) , tempat yg menyaksikan aku melafazkan kata2 cinta dan janji setiaku pada kekasihku. tetapi hujan yg makin lebat merencatkan rancanganku itu. last2 aku bawa diorg gi mnm petang di tanjung lumpur. menu ptg itu sudah tentu la makanan2 unik tempatan yg jarang2 sekali ditemui di johor. antaranya adalah kopok lekor, udang goreng, ikan goreng. dan yg plg uniknya pastilah "sata", salah satu favourite aku kt sini. kemudian kami bersembahyang di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 sebelum aku membawa mereka ke kedai pancing yg berhampiran kerana diorg ni mmg kaki pancing. dan pabila kepekatan mlm semakin menutupi ruang angkasa kuantan itu, aku bergegas pulang ke johor...membawa semua memori2 indah di sini yg telah aku gilap kembali tadi..aku rindu semua saat2 itu. sekian..

ruang dlm masjid sultan ahmad shah 1

masjid sultan ahmad shah 1

kopok lekor n sata

kete unik ni aku jmpa kt pekan.

24 comments

OldTown White Coffee™

Tuesday, February 26, 2008

dlm meniti zaman remaja yg penuh pancaroba ni, adalah suatu yg membosankan jika mlm anda hnya disulami aktiviti tidur dan menonton tv. tetapi itulah yg aku alami pada mlm jumaat yg lepas. sedang ramai rakyat jelata di luar sana asyik bergembira di mlm sabtu, terutamanya kaum cina yg begitu seronok meraikan Chap Go Mei (btl ke aku eja?), aku pula hnya mmpu melepek di tilam, ke hulu - ke hilir di dlm teratak 42 itu, termangu2 mencari idea utk membunuh rasa bosan di hati..

sehinggalah yazid yg seolah2 mengerti gelora dihati ni memberikan idea biar kitaorg gi lepak2 kt one of my friend kopitiam (hahaha..), OldTown White Coffee™ di nusa bistari. so naluriku sebagai lelaki muda yg normal lg straight x kn la nk menolak idea yg amat bernas itu..kerana aku merasakan ade aura2 gadis yg memanggil2 di sana, hehehe...but, as usual..instinct aku jarang2 sekali tepat. yg ramai mlm tu hnyalah kaum2 cina yg sedang meraikan Chap Go Mei bersama family @ sahabat handai..

pada mulanya aku sekadar ingin mencuba keenakan kopi Oldtown ni, but juz after fa & yazid order foods, aku pon try la mee kari diorg. ermm...layan gak beb. enak sehingga menjilat jari. di tambah lg dgn keenakan ice blended coffee, perghhh..mmg asyik bangat seyyy.. dlm keasyikan menikmati secangkir kopi oldtown tu, kitaorg mengimbau kembali saat2 kegemilangan masing2 di zaman persekolahan.. mmg dh lama rasanya x lepak2 cmni, so sekali sekala tergelak besar gak bila mengenang kembali zaman persekolahan dulu... ermm..adakah kopi ini adalah mesin masa yg mengembalikan nostalgia lama... u got to taste it!!

ice blended coffee. minum sampai otak anda beku

mee kari chua soy lek. ntah ape nama dia, aku x igt. aku igt mee kari je la
35 comments

three cheers for a sweet friendship

Tuesday, February 19, 2008


tiba-tiba saja kotak memory kepalaku memutarkan lagu2 kenangan terindah di zaman siswazah. tanpa diminta jari-jemari pantas mengatur rentak tarian. ini bukan kali pertama sebenarnya choreographerku mengatur2 tarian yg bertemakan kenangan ini...tetapi sering kali jua aku menolak utk meneruskannya..

tapi tidak mlm ini..kerinduan terhadap zaman siswazah sudah sgt menebal. mlm ini aku amat rindu akan zaman itu. zaman yg pada hakikatnya bknlah suatu yg menyeronokkan. dgn bebanan assignment, tekanan lecturer dan harapan menggunung dari kampung. dan bkn kerana semua ini juga lah aku merindui saat manis di alam siswazah.

semuanya hanya kerana satu..sahabat. ya btul, dlm usia pengajian yg mencecah hampir 5thn, sape lagi yg mmpu menanam begitu byk kenangan indah kalau bkn org-org yg ku gelar sahabat. belajar bersama, main bersama, gaduh bersama, kena marah bersama, tiru bersama, hntr asgnmnt yg sama, even mimpi pon sama.. byk benda yg "bersama" tu x mungkin aku kecapi lagi di zaman kapitalis ni. semua tu dah tinggal kenangan. sahabat2ku, ingatlah..di mana pon kite berada..kite ttp kwn..

blehkah aku gunakan alasan ni esk utk aku bersenang2 di pejabat?

"bos..hari ni sy dlm blues la..sy rindu kt kwn2 zaman u dulu..blh x sy nk duk2 termenung je? bleh x bos?"


i make this video as a tribute to all my friends...


13 comments

just another manic monday

Monday, February 18, 2008

~~~~~~~~~~~~~~~
It's just another manic Monday
I wish it was Sunday
'Cause that's my funday
My I don't have to runday
It's just another manic Monday
~~~~~~~~~~~~~~~


oohhhh...another dull monday juz arrived. i always wish that there will be sunday, funday and holiday before monday... aku mmg ade skit mslh nk bgn pg isnin. sejak zaman school lg, pg isnin la pg yg sering membakar hangus semangat para pendidik. sering aja aku di hambat ust. khaidir ke perhimpunan pg. sering kali jua lah aku di minta berlari2 anak seketika mengelilingi padang kawad sebelum masuk kelas akibat lmbt ke perhimpunan.

tapi tu semua dulu, skrg ni even xde sape pon yg hambat, dan aku x perlu berlari2 anak, aku ttp awal ke pejabat..rutin isnin tetap akan berjalan mcm biasa gak. aku akur dgn tekanan kapitalis sekarang yg memaksa aku bgn utk mencari sesuap nasi..aarrghhh.. sebenarnya aku dah hampir2 putus asa nk bgn pg td, malas nk gi keje. otak ni pon lancar je pikir nk bg alasan demam. last2 gi gak.. but as usual, lambat...

~~~

it almost 9 o'clock..aku masih buntu.

"bos x dtg hari ni.." said a fellow.

hati berbunga riang. hilang segala kemalasan aku td. this should be a funday!! hari ni x perlu la aku check drawing..x perlu la aku nk wat BQ. yg plg penting x perlu la mengadap bos nk kena bentang report. so ape lg..time for Monopoly SpongeBob SquarePants Edition la,hahaha!! today patrick is the bos. aku suka pki gundu patrick, ade "ong". today we come to office juz to play. turn on this ofis into a kindergarden - play, eat n go back home,hahaha..so guys..lets roll the dices. korg pon download k. jom kite main monopoli sama2 ye..yahooo.

hari ini patrick ialah bos. mari kita lihat sapa yg kena



p/s : don't judge a day by the way u wake up..
19 comments

sawi masak ala-kadar

Saturday, February 16, 2008

hello semua akak2, makcik2, datin2 di luar sana. selamat dtg ke Dapur Skeleton Coffee, bersama chef kesayangan anda, Chef Jojo Tamos...hahaha!! wat kali pertama dlm sejarah Chef Jojo akan reveal satu resepi rahsia Skeleton Coffee yg direka secara x sengaja semalam akibat lapar yg amat sgt. ni mmg satu keajaiban ke-8 dunia sejak aku berada di Teratak 42 apabila aku sudah pandai memegang senduk di dapur.

so makcik2 semua, sila la ambil buku2 resipi anda & catat la resipi istimewa dari Dapur Skeleton Coffee ni yg aku beri nama "Sawi Masak Ala-Kadar"..

Sawi Masak Ala-Kadar

bahan-bahannya :
  • sawi hijau rm1.00 (ikut harga semasa) dari pasar berhampiran
  • 1 botol sos tiram (bkn pki semua, tp mana bleh beli 2 sudu kan)
  • 38 ekor ikan bilis di kopek (lebih bleh krg jgn)
  • sepotong belacan bersaiz ibu jari budak 9 thn
  • 1/4 bawang merah yg di potong2 ikut suka bentuk apa pon
  • 1 biji bawang putih juga di potong ikut suka
  • beberapa biji cili padi berwarna hijau
  • gula secukup-cukupnya















cara menyediakan :

ok, sekarang kita dah ade bahan tersebut. pertama ape yg perlu kita lakukan adalah tumbuk bahan2 tadi kecuali sawi, sos tiram & gula. ingat ye, bila sy katakan tumbuk di sini sy x maksud anda perlu kena guna buku lima anda utk tumbuk benda2 tu semua. gunakan batu lesung utk tumbuk bahan2 tu sehingga lumat ye. kemudian, panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak. kita dah nk start masak ni. masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi ke dlm kuali yg panas tu. anda x prlu ye menyentuh kuali itu utk tahu ia panas atau tidak. tumis bahan2 tadi seketika. kepada sape2 yg lebih gemar rasa hangus bleh la biar bahan2 tadi hangus sebelum masukkan bahan2 lain. kemudian masukkan sos tiram kira2 3 sudu besar, gula secukup rasa dan sedikit air. kacau bahan2 tadi sehingga rata dan nmpk sedap. akhir sekali masukkan sayur sawi yg di potong ikut suka ke dalam kuali dan kacau semuanya sehingga rata selama kira2 4.3 min.sekali lagi, kepada sesiapa yg gemar akan rasa hangus, bleh la kacau bahan2 tadi selama 2 atau 3 jam.

tgk..dlm kuali pon dh nmpk sedap kan

setelah siap bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan dan hiaslah hidangan anda tadi bersama2 bunga rampai ke, ikut suka korg la.janji bleh di makan. masakan ini boleh di makan bersama nasi, bubur mahupon magi tomyam. dan paling enak dimakan ketika lapar. oh ya, sebelum terlupa, chef jojo tamos juga tidak akan bertanggungjawab kalau ade sape2 yg sakit perut pas try resepi ni,hehehe...so, renung2kan dan selamat mencuba...sekian..

sawi masak ala-kadar

p/s : errkkk alhamdulillah...kenyang pon perut aku ni. to Teratak Troopers, bila nk masak nasi lemak lg wei?
15 comments

kembali bersatu...

Wednesday, February 13, 2008

gambar reunion BEN. aku amik pakai camera doraemon

bgn pagi seawal jam 7 di pagi sabtu bukanlah suatu yg aku gemari. apatah lg setelah aku hanya berada 2 jam di alam mimpi. namun atas dasar setiakawan dah janji yg termeterai, aku bangun utk ke reunion bersama beberapa member BEN aku dahulu. tiket bus ke seremban dah lama habis, sbb org rmi bercuti raya cina. di tambah lg dgn kehadiran warga asing. bus stand batu pahat tu dah mcm yogjakarta. last2 aku terpaksa naik bus lompat2. dari batu pahat ke melaka, melaka ke tampin, tampin ke rembau. nama pon bus "jump-jump" so berjam2 gak la baru aku sampai negeri sembilan. nsb baik la kekasih hati menanti. sejuk hati aku. sampai di hotel ancasa dlm pkl 6 ptg..so mandi laut skit je la ptg tu. nk mandi pool x sempat...

majlis bbq di mlm hari. indah dgn adanya pertunjukkan bunga api

even gajah pon pasti penat kalo berlompat2 di atas bus lompat2 dari batu pahat ke seremban. apatah lagi aku yg lebih kecil molek dari gajah ni. badan penat & perut yg lapar bukanlah satu kombinasi yg baik. perut lapar kalo tido x best, tido pon x best kalo perut lapar. so aku decide nk memenangkan pihak "perut lapar". aku pon cpt2 bersiap utk majlis BBQ. majlis sudah tentu la berjalan lancar dgn kehadiran aku sebagai tukang rasa. hidangan mlm tu cukup enak, ayam panggang, sosej panggang & yg plg special kambing panggang. pergghhh...aku sungguh kekenyangan mlm itu smpi xde idea utk berjenaka. thanks to makcik kt jusco seremban 2 yg sediakan rempah2 utk bbq tu. dgn kombinasi perut kenyang+badan yg penat, aku x mengambil masa yg lama utk ke alam mimpi. tp mlm tu bleh plak aku terbangun, pastu dlm mamai2 aku tertanya2 di mana aku berada..oohh, rupanya aku kt hotel ancasa..maklum la, jarang2 tido kt katil empuk, huhuhu...

aktiviti hari itu

biasanya, aku tidak akan nmpk mentari pagi pada hari ahad. dan beberapa kali aku terlupa hari ahad juga ade paginya. tapi hari ini agak berbeza. aku bangun pada pkl 8 pagi!! ni semua kerana aku telah terbau2 keasyikan pantai port dickson itu. bayu yg lembut memukul2 aku utk bangun. so dengan cargas (care+gegas) aku trn ke pantai PD..yahooo!!! aktiviti pertama adalah bermain conggak di tepi pantai? tidak..mana mungkin org bermain conggak di tepi pantai. aku bermain bola tampar pantai, sekadar warming up utk berenang di pantai. setelah abis sesi bermandi di pantai, aku naik banana boat bersama kawan2 aku.. inilah waktu yg paling enak skali..biasa jatuh skali, kitaorg bleh jatuh 2 kali..kt tgh2 laut plak tu. mmg best!! kemudian kitaorg sewa kayak plak..ni waktu romantik la. paham2 la kan naik kayak kan berdua, masakan aku nk naik dgn sahabat belalai aku. so naik la dgn gadis idaman hati ini,hehehe.. bercerita2 kisah cinta di tgh lautan yg luas sgt indah. dan akhir skali aku naik jetski. nk beli benda alah ni mmg smpi tua pon blom tentu terbeli, so aku sewa je la.. main jetski pon bleh terbalik gak tgh2 laut..mmg best gila ah dingdong naik jetski. abis rosak jetski tu masuk air, hahaha...sori la brother jetski..aku dh byr kan?

pulang selepas penat

dan akhir dlm pkl 1 la lebih kurang, kitaorg pon check out dari hotel ancasa tu..sebagai souvenir, aku dpt la luka yg agak dlm kat tapak kaki (terpijak batu masa mandi manda) , lenguh2 di sendi2 n gatal2 akibat air laut. aku sgt gembira pada hari itu. dan selepas melepak2 di seremban seketika, kitaorg pon pulang ke destinasi masing2..thanks guys. friend forever, yeeeaahhhh!!!! sekian..


p/s : kpd pembaca budiman, maaf lah lmbt skit update..aku kepenatan yg amat sgt. 2 hari kelesuan. gmbr ini aku ambil pki camera doreamon. camera aku baterinya "kong"...(sengal..)

19 comments

semusim di the zone

Tuesday, February 5, 2008

mengikut perancangan awal, pas je layan gig hujan terus nk ke the zone..tapi sebab kitaorg dah seronok sgt ptg tu mandi hujan, tiada lg gas tertinggal utk berjln2..so esknya (hari ahad) barulah aku n yazid ke the zone.. kali ni niat ke the zone adalah suci iaitu semata2 nk tgk2 jualan gedung yg berlangsung di sana (aras 4). jualan ni berlangsung dari 2-10 feb. tapi sbb takut brg2 byk abis, kitaorg pon dtg la awal, dgn harapan dpt la sekeping 2 levis..tp gi2 sekeping levis pon x nmpk. yg byk baju2 quicksilver, billabong, CK n guru. suar dockers byk berlmbk2 n yg sweetnya ade gak jual bra victoria secret for ladies n half ladies, hihihi..

baju baladewa

aku sebenarnya dh hmpir kecewa sbb x nmpk pon levis2 seperti yg digembar-gemburkan. so utk mengubat luka di hati (luka di tgn nmpk berdarah, luka di hati siapa yg tahu), aku try2 la shirt2 quicksilver yg ade. n akhrnya aku amat berkenan dgn shirt quicksilver atas ni. ala-ala baju baladewa kata yazid. so selamat dtg la ke wardrobe aku yee baju baladewa. bleh la aku jadi laskar cinta pasni, hahaha...

t-shirt Johor Buzz

then kitaorg pon jln2 la sekitar the zone tu sehinggalah ditemukan dgn games booth dr JB NTS. sape mng main game dpt free t-shirt. so lelaki seperti aku yg berada di bawah lindungan kaabah sudah tentu hnya perlu main skli saja utk mng. malang wat yazid, dia memerlukan 3 kali cubaan utk mng. dan yg melucukan adalah dlm acara mengangkat botol, aku seolah2 x percaya yazid x berjaya melakukannya, sedangkan aku lihat nyonya (bkn nyonya dlm entri sebelum ni) pon berjaya menempuh halangan itu. tapi akhirnya yazid berjaya gak mndapat t-shirt free tu, hehehe..

kacang pool

dah penat berjalan yazid bawa aku mkn kt medan selera larkin bomba..kena plak perut tgh lapar, kitaorg pekena kacang pool kt gerai no3. gerai haji kacang pool ni mmg terkenal dgn sajian kacang poolnya. ni la 1st time aku mkn kacang pool. mmg super delicious seyy...kena plak hujan renyai2..perghhh, layan abis..siap order tauhu bakar lg. so blk+penat+perut kenyang = terus hanyut,huhuhu..
8 comments

hujan turun di johor bahru

Sunday, February 3, 2008

bertempat di studio X-Countech tmn universiti, gig Bad Hair Day Part 2 yg agak bangang bestnya telah berlangsung dgn mengumpulkan beberapa band underground yg hebat2 dari seantero negara. dan plg bestnya mestilah dgn turunnya hujan..yahooo!!! mandi hujan la aku ptg tu..

cop stamp from x-countech studio

gig start agak lewat dr yg dijadualkan. so crowd dari golongan muda-mudi mula la jadi sewel sbb dh panas dlm studio tu. gig dimulakan dgn persembahan dari band coffeetea. gitarist dia pon sewel kot, maybe sebelom show minum ubat2 penguat badan. diikuti band dari melaka, faultfinger. band ini smart gak la, sbb hanya terdiri dari 3 anak muda yg montel2. ala-ala silverchair la. tapi silverchair lg la tampan beb. lagi2 daniel john..pastu band the rhaman plak take the stage. masa di crowd lg la sewel. sbb the rhaman tampil sgt berbeza ptg tu, hadir dgn vokalis pompuannya yg sweet. mau x sewel bdk2 ni. lagi2 ade sorg mat kelate ( sbb aku dgr dia ckp kelate ) ni yg sengal bangat. mcm beruk baru kuar hutan x pernah tgk pompuan. aku n yazid mmg hangit la dgn mamat ni.

noh hujan

dan setelah baju aku basah dek bermandikan peluh, baru la band hujan turun. masa tu aku dah x thn lagi dgn suasana dlm studio tu. dah mcm dlm suana pon ade. so aku lyn ala kadar je la keasyikan irama hujan tu. last2, dgn band hujan skali x thn dgn suasana sauna dlm studio tu. so diorg dicide nk wat show secara akustik je kt luar studio. lagi la layan !!!

gitar hujan

show akustik dijalankan dgn slambernya di sebelah kedai makan cina. mmg smart la dpt dgr diorg main lagu2 diorg secara akustik. Noh Hujan sempat lg nk promosi kempen diorg, Click a Child dgn harapan audien derma la seringgit dua. dgn kaca mata hitamnya, noh dah mcm org buta wat show tepi jln la plak,hahaha..

noh tgh siap2 nk nyanyi (sempat lg bg isyarat tgn)

crowd yg tadinya menggila dlm studio dah mula la waras. show pon berjalan dgn lancar. antara lagu yg di mainkan oleh hujan ialah Pagi Yang Gelap, Bila Aku Sudah Tiada & Aku Skandal (Meninggalkan Aku Sendiri).. sambil dgr hujan show secara akustik, diorg pon sama2 layan nyanyi ramai2. kira mmg terhibur abis la dgn show hujan ni.

akustik show dari hujan

dan show tamat kira jam 7.00 lebih. tapi rmi lgi kipas-susah-mati hujan yg setia menanti utk sesi bergambar, autograph, beli album hujan n t-shirt. yazid x lepaskan peluang la nk beli t-shirt hujan. aku x dpt sbb saiz M xde..hampeh..

t-shirt hujan milik yazid

overall, mmg aku terhibur la dgn gig ni. cuma dlm studio tu je la, sound system hampeh sgt. tapi bila dah wat akustik tu, berbaloi la jadinya tiket yg aku bayar. aku ade upload satu video show hujan secara akustik, "Pagi Yg Gelap". aku mmg enjoy, so hopefully korg pon enjoy la ye.. sekian..



12 comments

Proud to be Malaysian

Friday, February 1, 2008

hari ini ade 2 perkara yg btul2 membuatkan aku rasa bangga jadi rakyat malaysia. pertama, dgn pelancaran "kereta rakyat" dari proton iaitu "the new saga". aku tau, mmg agak lmbt utk aku post crte psl new saga ni, tapi "new saga" ni btul2 wat aku bangga dgn anak2 malaysia.

the new saga

aku pon lupa dari mana aku dpt gmbr ni, tapi ia jelas membuktikan daya kretiviti anak tempatan. mungkin ade di kalangan kalian dh tgk gmbr ni. tapi mmg kretif la diorg ni. wat aku teruja plak nk memiliki kereta rakyat ni. pak lah pon mesti menangis terharu tgk daya kretiviti rakyat malaysia ni. cayalah!!

yg ke-2 plak aku bangga duk kt malaysia pas aku tgk crte ni :


cloverfield

crte ni mmg best..even sometimes aku rasa mcm nk termuntah sbb pening tgk kamera amatur tu. tp mmg best!!.. ni nk crte pon dh lmbt kan, sbb aku tau ramai dh tgk.
cuma aku bangga jadi rakyat malaysia sbb malaysia x prnh la kena serang dgn makhluk2 durjana cmni.. maksud aku..ye la, plg teruk pon malaysia cuma kena serang dgn " dr. klon" dr cicakman.. aku tgk org putih dr zaman aku kecik2 dh kena serang mcm2 makhluk.. gorilla smpi 2 kali serang amerika. kita plak cuma sempat bela "jebon" dulu kan..seingat aku la, crte psl mawas tu.. so aku hrp malaysia pon kena la serang dgn makhluk2 durjana cmni.. erk..maksud aku dlm filem la,hehehe...

sekian..

13 comments

please queue up...

Wednesday, January 30, 2008


"HEY!!!"

"lu x reti beratur ke!!??"

herdik nyonya di belakang aku.
beberapa tapak sebelum aku sampai ke kaunter.
aku toleh ke belakang. di tangan nyonya terdapat beberapa helai bil utk di bayar.

"celaka lu nyonya, ckp elok2 x bleh ke?" jwb aku dlm hati sambil berundur ke tepi.

sampul surat poslaju aku kepit kemas di celah ketiak. sempat gak aku berdoa smpul surat aku ni ditukar dgn kepala nyonya..biar lumat kepala nyonya aku luku2..

nyonya terus melangkah ke kaunter dgn wajah yg bonggak..

"sori auntie..kaunter ni utk poslaju je..auntie gi amik no kt depan pintu tu ye.."

lembut je suara pegawai tu..dan percayalah, itulah suara paling lunak pernah aku dgr bulan ni..

"oh ye ka? sini x bleh byr ha?"

nyonya cuba cover malu..ekor mata nyonya menatap aku..

"hahahaha!!! padan muka lu nyonya!!! tu la, berlagak sgt dgn aku tadi kan!! rasakan..wek wek, nyonya busuk " aku mengejek2 nyonya dlm hati..

nyonya beransur lesu sambil menatap senyuman sinis yg telah aku set khas utknya..

"lain kali beratur ye nyonya..." kata aku, juga dlm hati..

sekian..
10 comments

satu hari..satu malam

Sunday, January 27, 2008

~pagi yg gelap, kini sudah terang.. aku adikmu..dan engkau abang~

lagu "pagi yg gelap" nyanyian hujan tiba2 saja memecah keheningan pagi & menjamah setiap rongga telinga aku, mentertawakan aku yg masih lg asyik di ulit mimpi. yee la!! aku sedar..pagi yg gelap, kini sudah terang. dan aku masih lg terlelap, sedangkan semalam aku berjanji dgn ayah utk pulang. ermm...mengenangkan jnji itu & ayah juga begitu teringin aku blk, aku pon mengumpul segala kekuatan yg ada utk bgn. dlm angan dan sedar, aku lontarkan pandanganku melepasi geriji jendela..."argghhh..masih pagi.." kataku menyedapkan hati. padahal aku sendiri dah tahu, hari sendiri pasti akan malu jika aku menggelarnya "masih pagi"..

perjalanan ke kampung mengambil masa kira2 3 jam. sudah pastilah perjalanan yg panjang itu memenatkan segala sendi2ku lantas membunuh segala keriangan di hati.. aku menjadi bosan dgn perjalanan ini. maka bercambahlah segala angan2 di mindaku dlm beraneka kategori bg menghilangkan rasa bosan itu. org kata.. " jauh perjalanan, luas pengalaman ". maka aku yg di landa kebosanan melampau ini menciptalah satu teori penaakulan mantik berdasarkan "kata org" tadi. kalo aku andaikan 1 km = 1 m2 pengalaman, maka perjalanan 150 km ini pasti akan memberikan aku 150 m2 pengalaman. mmg luas pengalaman yg akan aku dpt ni, hujah aku bangga walaupon aku tau teori itu mengarut dan tidak berasas. teori sengal itu sekadar singgah utk menyelamatkan aku yg kebosanan.

setibanya aku di rumah, mak terus bertanya " laaa..apsal la nk blk x ckp awl2..?". satu pertanyaan yg sudah aku duga & acapkali aku dgr setiap kali aku pulang ke kampung. maaf la mak, sebenarnya mmg bkn gaya aku utk memberitahu mak yg aku mahu pulang. pertama, aku x mau mak risaukan aku & keduanya aku mmg mls nk bgtau, huhuhu..dan setelah aku selesaikan tanggungjawab aku sebagai seorg anak, aku pon mengambil keputusan utk berehat saja di sofa..satu tindakan yg sgt tepat ku kira, kerana aku dpt rasakan seluruh rakyat jelata dlm badanku menyanyi2 riang seolah2 pendana menteri mereka mengisytiharkan thaipusam adalah cuti umum.

dan malam pon menjelma menggantikan siang yg melesukan. di ruang tamu, semua mata memandang tepat ke arah kotak ilusi berjenama LG. sambil menonton berita mlm itu, aku & ayah berborak2 mengenai kehidupan aku di kota jb. sehinggalah mlm yg gelap bertambah gelap, kotak ilusi td masih setia menghidangkan cerita2 yg menarik utk kami sekeluarga. kebetulan kisah yg dihidangkan kali ini ade kaitan dgn perang. maka berselang-seli lah crte itu dgn crte atuk mengenai kisahnya semasa penaklukan jepun di tanah melayu. aku yg kelesuan itu hnya mampu mengiyakan saja crte atuk, itu pon dgn nada yg mls.. adakalanya crte atuk nmpk rancak apabila disertakan skali dgn sound effect rekaannya sendiri... dan crte yg menarik itu telah menjadi ubat tido yg sgt mujarab.. umpama bedtime story, aku hanyut dlm kisah atuk sehinggakan aku x sedar mata ini sudah pun terlena. tapi yg pasti.. atuk mesti masih lg bercerita walaupon aku sudah mula melancarkan bom2 dengkuran ke atasnya..

dan malam terus menyanyi, mendendangkan sebuah lagu yg cukup indah, membuai seluruh isi perut rumah ini ke dlm dunia fantasi mimpi..semoga cahaya mentari pagi akan membawa seribu keceriaan dlm rumah ini..selamat mlm ayah, mak n atuk..sekian..
12 comments

makhluk hitam...

Friday, January 25, 2008

"joe..bangun joe.."

sepi...

"joe..bangun joe.."

panggilan halus itu membuatkan aku teringat akan sebuah crte seram yg pernah aku tonton satu ketika dulu..

"joe..bangun joe...ni tempat aku joe.." kata2 hantu dlm crte tersebut..cukup menyeramkan..

namun panggilan halus tadi tidak pula menggerunkan aku, malah aliran darah ini tetap pada paras normalnya. lantaran itu, aku pun bangun dari lena seperti biasanya aku bangun dari lena, tanpa ada sedikit pon rasa gementar. aku tahu..panggilan itu hanyalah suara yazid yg begitu setia menjadi jam loceng aku di kala pagi.

jadi aku pon beranggapan, pagi ini pastilah sama seperti pagi2 sebelum ini..bangun, mandi dan ke pejabat. tapi tatkala mata ini mula di buka, aku tau, jangkaan aku ini tidak tepat sama sekali..jauh di sudut ruang tamu Teratak 42 itu, kornea mataku terpandang pada suatu makhluk halus berwarna hitam. Imej kelibat itu tidaklah jelas pada pandangan aku, kerna aku sendiri sedikit rabun. tapi yg pasti, aku nmpk makhluk itu mundar mandir..ke kiri & ke kanan..seolah2 berjalan tanpa hala tujuan. Walaupon pergerakan makhluk itu nmpk rawak, tapi jelas ianya menghala ke arah aku. aku tetap tenang. tapi adakalanya terpikir jua di benak ini, masih bermimpikah aku ini?...

terpikir jua aku utk mengutarakan perkara ini kpd yazid. tidakkah dia nmpk akan kelibat itu..tp mulut ini seolah2 sgt berat utk berbicara..

"kenapa begini.."

aku binggung...

"x kan yazid x nmpk kelibat tu?"

imej2 yg menyeramkan dlm drama "Saka" mlm td berlegar2 dlm fikiran aku. aku mengambil keputusan utk berdiam diri, kerna aku x pasti sama ada yazid akn percaya dgn kata2 ku tu nnti. sejurus kemudian, makhluk tadi tidak lagi kelihatan..jantung tetap berdenyut normal. aku bingkas bangun dari kamar beradu dan mencapai sehelai kemeja lalu ke bilik yazid utk menghilangkan kedut2 yg melekat di kemeja ku.

di bilik yazid, aku membentangkan sehelai sajadah utk aku jadikan pengalas. seterika aku panaskan, dan aku mula menggosok baju. tiba2 aku rasakan masa terhenti di ruang ini. mata ini sekali lg terpana pada satu susuk hitam di hujung sajadah..begitu hampir denganku. kali ini jelas kelihatan, kelibat hitam itu mempunyai mata yg besar dan gigi yg tajam. seterika di tgn aku genggam kemas, menanti ape jua kemungkinan. mata aku pejamkan seketika sementara hati bula berbisik...

" aku tau kau mmg x kn kacau aku..tp kalau ko wat sesuatu, aku bkr ko dgn seterika ni.."

dan ketika aku buka semula mata ini, aku lihat kelibat itu mundar-mandir meninggalkan aku.

seketika kemudian aku mula sibuk memberus gigi di kamar mandi smbil mataku aku tumpukan pada gigi2 ku di cermin. sekali lg mata ini teralih pada kelibat hitam yg terpantul pada cermin di hadapanku. aku sudah mls melayan itu semua. kali ini aku cukup binggung. masakan sampai ke bilik air aku di ekori.. aku cukup bimbang kalau2 benda itu mengapa2kan aku. aku cpt2 menyudahkan berusan aku. dgn pantas aku membuka pili shower. dgn lafaz bismillah, aku memulakan mandian. dlm samar2 aku lihat makhluk itu mula menggelabah, mencari tempat berlindung. mungkin takut terkena tempias air mandi yg aku mulakan dgn kalimah suci itu.

setibanya aku di pejabat..keadaan masih lagi sunyi. aku terus ke dapur utk membuat secawan kopi. dan pasti ianya bknlah skeleton coffee, kopi maya ciptaan aku sendiri. namun..seperti yg aku jangka, makhluk itu muncul lg berhampiranku. kali ini aku lihat seperti ada sesuatu mesej yg ingin ia tunjukkan padaku. aku nmpk makhluk itu mengangkat sesuatu yg sgt besar yg diangkat tinggi melepasi kepalanya. bnda itu kelihatan jernih laksana permata.

dan ketika itu perasaan takut tidak lg timbul dlm hati ini. bahkan aku menjadi kagum. aku sgt kagum dgn kehebatan makhluk ini. aku kagum dgn kekuatan ia mengangkat bebanan yg jauh lebih besar dari susuk tubuhnya. aku kagum dgn semangat berani yg ia tunjukkan. aku kagum dgn sifat rajin yg ia tunjukkan, bekerja tanpa pernah bersungut. dan yg plg mengagumkan aku ialah.. ia hanyalah seekor semut...makhluk tuhan yg sgt rajin..sekian..

7 comments

Langkah Pertama

Thursday, January 24, 2008


" Setiap impian bermula dengan langkah pertama "

Ceria mentari pagi ini dapat aku rasakan ade kelainannya. Sinarnya yg cukup cerah itu menyinar ke segenap pixel kornea mataku yg sedang dlm perjalanan ke pejabat. Sang mentari pagi ini seolah2 dpt merasakan ade sesuatu yg menarik akan aku lakukan sebentar nnti. Dan ternyata ianya benar. Aku tidak pun memulakan tugasan pagi ini seperti biasa. Dlm fikiran ini aku rasakan ade suatu irama yg sgt indah utk aku luahkan. Lantaran itulah, aku membenarkan jari-jemariku ini, menari2 lembut di atas pentas keyboard dalam iramanya tersendiri. Namun, sering saja langkah tari jemari terkaku, dek ketandusan idea pereka rentaknya. (aku sendiri la)…

Tapi semua itu telah aku duga sebenarnya. Mungkin kerana ini adalah hasilku yg pertama, lenggok penari pastinya sumbang di sana sini, alunan muzik pastinya terabur dan bercelaru, dan jalan cerita pula adakala membosankan… Dlm diam, tatkala jari2 ini sibuk menari2, hati ini sering pula berbisik.." setiap impian bermula dengan langkah pertama..". Dgn itu, langkah tarian terus aku atur, pentas sudah mula aku hias, dan jln crte makin berlegar di kepala ini.. Namun, tarian jemariku ada kalanya terhenti kerana aku sendiri masih kabur dgn dunia pementasan blog yg sgt baru wat aku. Aku sedar, ternyata bukan mudah buat aku, yang begitu asing dlm pementasan "blog" ini utk meneruskan gerak langkah tarian ini. Malah utk melangkah ke pentas ini jua, aku sering kali tersadung, tersungkur, kerna kekuatan utk menulis itu masih aku simpan dlm hati..tidak aku luahkan..

Namun itulah, kerana aku berimpian, kerna aku menginginkan..suatu pentas yang cukup luas untuk aku meluahkan segalanya. pentas yg aku sendiri reka, yang aku sendiri pencetus muziknya dan aku sendiri penulis jln crtenya. pelakon dan penarinya pula adalah jari jemariku sendiri yg taat setia. Skrip lakonan, lenggok penari, alohan pentas adalah hasil cetusan idea aku sendiri. Dan jatuh bangunnya pementasan ini juga, adalah hasil tangan aku sendiri. Dan dgn bantuan revolusi sel-sel dlm hati & otak aku ini, maka terhasillah coretan pertama aku dlm “Skeleton Coffee” ini. Yg aku harapkan, jari jemariku x kan berhenti menari di sini, cetusan idea pula tidak akan pernah surut.Sekian

p/s : Thanks to Yazid, Kucai, Fa n semua ahli Teratak 42 yg begitu encourage aku utk menulis. Diorg ni la sifu2 aku.

 

Some Contents

Categories