Skeleton Coffee - Drink At Your Own Risk

    It does not require many words to speak the truth.
8 comments

The (Un)Forgotten Friend

Sunday, November 1, 2009


Bro, ujang meninggal ko tau x?

satu pesanan ringkas menerjah masuk dlm handset aku ptg semalam jam 7.40pm. sepantas kilat wajah ujang bermain2 dlm minda aku. gelak tawanya, gurau sendanya, bebel2annya, aduan2nya dan yg penting segala tunjuk ajarnya aku imbas satu persatu. hati ini sebak..

ujang merupakan salah seorang senior draugtman dlm HQ company aku ni. dulu masa aku baru2 saja mencipta karier dlm company ni, dialah sifu aku, mentor aku, guru, cikgu, pengajar dan segala macamnya bagi aku. cuma masa aku n ujang x panjang. aku ditransfer ke shah alam, dan dia pula di'transfer' ke syarikat lain. sejak itu kami jarang2 berhubung. sekali sekala ade juga aku menjenguknya melalui sms atau tepon company. tapi terlalu jarang.

beberapa minggu yg lepas, hati aku kuat sgt nk menelefon ujang. tetapi lantaran tempo sibuk bekeje yg x menentu, aku sering kali terlupa. jap lagi la, pas siap ni la, mlm krg la, pas lunch la..akhirnya sampai dpt msg ptg tu pon aku x terdail lagi no. phone ujang. mmg agak terkilan juga..

sebagai seorang yg pernah menjadi anak didik ko, xde ape yg lebih aku harapkan melainkan agar ko tenang di sana..segala kesilapan2 ko yg lalu dah lama aku buang jauh2. aku harap setiap abjad yg ko ajarkan pada aku, ko halalkan. aku akan gunakannya supaya ianya menjadi "ilmu yg bermanfaat". al-fatihah buat ko ujang..



...
pohon nan rendang,
daunnya lebat,
dan buahnya manis


9 comments

Papadom

Saturday, October 31, 2009


sudah lama x menulis, jadi agak kekok dan kaku serta lidah pon kelu. jadi utk entri kali ni biarlah ianya yg ringan2 saja. seringan papadom rasanya.

ya, aku sudah pon menonton filem papadom arahan Afdlin Shauki. kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom. tapi bagi aku filem ini bukan sekadar kisah mengenai bapa, anak dan papadom saja, ianya lebih dari itu. sememangnya filem ini layak dinobatkan sebagai filem terbaik dan aku rasa sgt2 berbaloi untuk menontonnya di wayang jika nak dibandingkan dengan cerita sifu & tongga, anak mami what-so-ever.

semua elemen digarap dengan baik oleh Afdlin Shauki dlm crte ini. elemen lawak yg tepat dan sememangnya lawak (bukannya lawak2 bodo yg membuat org menangis utk ketawa), dan pastinya elemen sedih yg bisa saja membuat mak buyung mengalir air mata. aku juga sebenarnya menitiskan air mata tapi dlm hati saja. smpi ade satu babak tu, aku ckp dlm hati.."cukup..kalo x abis babak sedih ni gugur air mata aku ni.."

mungkin sedikit sebanyak apa yg Saadom wat dalam crte ni aku bleh jadikan panduan bila dah bergelar bapa nnti. mmg x sangka ya ade bapa yg sanggup bersusah payah untuk anaknya. mmg aku tabik la kat saadom. mungkin atau aku juga berharap, bila sudah memegang title ayah nanti, aku juga bisa berbuat demikian, untuk anak2 aku dan untuk keluarga aku..


papajoe

17 comments

Simbei & Me

Wednesday, August 26, 2009


simbei n marley adalah serupa. yg membezakannya hanyalah spesis dan hukum najisnya..sejak akhir2 ni simbei dah semakin nakal..makin suka gigit tgn aku, masuk dlm kain bila aku nk semayang, baring2 atas sejadah bila org nk sujud, gigit rambut mak buyung bila mak buyung tido, melompat2 atas perut comel aku ni bila aku syok bermimpi, gigit kaki aku bila aku gerak2 skit, berjalan2 atas keyboard bila aku start wat keje, sambar mouse yg aku pegang sbb bergerak2 mcm tikus, bawa balik daun kering dlm umah pastu sepahkan, lampu ikea hadiah kahwin aku dah abis jadi arwah dikerjakan dek simbei, bergaduh x tentu pasal dgn bayang sendiri dlm cermin, sepah2kan barang2 aku dlm bilik, pantang org nk mkn dia pon sibuk nk naik atas meja mkn, semua wayar dlm umah dah x dara digigit simbei, pantang nmpk aku kemas laptop, dia pon sibuk nk masuk dlm beg laptop..

ermm....
walaubagaimanapun simbei tetap seekor anak kucing yg comel. simbei jugalah yg menjadi penyeri keluarga aku ni. bagi aku simbeilah joker @ badut dlm umah ni..aku akan tetap sayang simbei, dan aku percaya mak buyung juga begitu. cuma yg aku harapkan, biarlah cerita simbei & me ni, ada penghujung cerita yg menggembirakan..

A dog has no use for fancy cars...
or big homes or designer clothes.
A waterlogged stick, will do just fine.

A dog doesn't care
if you're rich or poor...
clever or dull, smart or dumb.

Give 'em your heart
and he'll give you his...

marley&me

...

cat also man best friend la..

10 comments

why i blog?

Saturday, August 15, 2009

awal2 subuh lagi aku dh tahu yg blog aku ni termasuk dlm list 66 org yg di"tagged" oleh en.me yg otai itewww..jadi oleh kerana tag ni senang diwatkan, maka dgn sepantas kancil aku membuatnya..cuma bab gmbr je la yg lambat skit sbb wat pon guna paint sajee..

jadi soalan tag kali ni ialah why i blog? atau kenapa saya berblogging?

1. follow the leader - dulu masa awal2 duk kt teratak 42 dgn yazid, fa, n kucai, diorg ni tiap2 mlm mesti mengadap pc or laptop utk update blog. then bila dah kena racun hari2, aku pon terjebak la sama..

2. play for fun - bila dh start berblogging, jadi seronok plak bila kenalan dari alam cyber ni, bertambah dari hari ke hari..lagi2 bila baca tulisan2 yg mencuit hati

3. sharing is caring - byk gak info2 yg aku x tahu, tapi korg tahu. jadi bila aku baca blog korg2 yg tahu, aku pon jadi tahu juga..tau xpe kan

4. give me some times - mengisi masa lapang..daripada duk melangu je dlm ofis mcm nasi lemak x laku, ade baiknya juga aku menulis sesuatu kan..

5. time capsule - bayangkan bila kita sudah berusia 60 tahun nnti (kalu umur panjang la, aamin), dah tentu la byk sel2 otak yg menyimpan memori silam rosak. jadi bila dh tertulis di sini, selagi x nyanyuk bleh la kita baca kisah2 silam kita kan..

itu saja la kot..so sape plak nk kena tagged dgn aku ni? en.me itu sudah letak sampai 66 org ditaggednya..aku pnya list cuma sekangkang kera je ramainya..jadi aku pikir aku tag teratak 42 saja la..jadi yazid, fa n kucai, rajin2kan la diri menjawab tag ini yaaa

...



sebesar rumah bermula dgn sekecil bata
9 comments

Best Buddies 2009 Arward

Tuesday, August 11, 2009

ni adalah kali pertama kot dpt award..mgkn sbb senang, jadi sy wat la..award ni diterima dari kawan sy, en.yazid itu..

1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda.

- sudah

2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini

i. seorang yg serba tahu
ii. baru berkahwin
iii. suka ambik gambar dgn D40X dia
iv. seorang blogger tegar
v. seorang yg berfalsafah & berprinsip
vi. seorang yg stylo

3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

i. sudah berkahwin....ye anak2 gadis sekalian
ii. bakal menjadi bapa x lama lagi tau
iii. ade seekor kucing bernama simbei
iv. seorang blogger picisan
v. penyokong kuat liverpool
vi. suka main futsal walaupon x seterer mana
vii. suka gi usha baju kt bundle
viii. BMI dah lebih tahap ideal (ini fakta ok)
ix. sedang belajar2 memasak (tahap 1 - belajar cara2 nk hidupkan api gas)

4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka...

i. cik ciqa - antara sahabat baik mak buyung n aku
ii. wiwit - member aku n mak buyung gak, yg pipinya tembam
iii. yuyun - pon member aku n mak buyung gak, baru dpt baby
iv. bro izman - tulisannya mcm cendawan ketawa, baca pasti gelak
v. linda - tempat blajar nk jadi parents yg baik
vi. kak zita - entry kali ni wat aku insaf...
vii. hemy - member baru ni, tapi best gak

sebenarnya aku mmg nk bagi kat semua yg ade kt list aku sebelah tu..tp nk discribe satu2 yg lecehnya tu..so, korg dpt award ni ok..cepat2, wat kt blog korg plak

Soalan Tambahan

5. Nama Timangan - joe, jojo, b (yg ni sorg je bleh panggil ok)..

6. Anda seorang yang? - cuba menjadi baik kepada semua org n binatang

7. Insan yang teristimewa? - mak buyung saya la..

8. Lagu kesukaan? - xde batasan, selagi sedap didengar

9. Makanan kesukaan? - yg dibelanja oleh kontraktor, hahaha

10. Sikap yg membuatkan anda stress? - merendah2kan keupayaan orang lain

11. Warna kegemaran anda? - biru

12. Benda mesti ada dlm beg? - kunci ofis (kalo x kena bebel), laptop (supaya dimana saja berada, bleh wat keje), charger laptop (kalo x mcm x bawa laptop), kabel handphone (senang nk transfer gambar site)

13. Kali terakhir anda menangis? - aku adalah lelaki yg lupa bila kali terakhir dia menangis (perghhh)..

...

friendship never die

8 comments

Happy At The Peak

Monday, August 10, 2009

genting highland theme park

seperti biasa di pagi isnin, aku masih lagi mengharapkan hari ni hari ahad..masuk hari ni sudah 2 kali hari isnin sakit monday blues aku ni melanda (uhuk..uhuk..aku terbatuk2 sakit). semuanya gara2 bercuti n bergumbira sakan di hujung mggu sampai x hengat esok kerja.. mggu lepas sudah pergi ke genting highland theme park, mggu ni pula ke cosmo world theme park kt times square.

mak buyung n kawan2 kami

mmgu lepas aku gi genting highland dgn mak buyung, cik ciqa n beberapa kawan masa study dulu. utk menjimatkan kos makanan kt atas tu, awal2 lagi aku n mak buyung dah bawa bekal dalam "periuk nasi hadiah kahwin" utk dimakan beramai2.. bila masing2 dh kenyang, aku la yg ditugaskan utk membawa n menjaga periuk nasi tu..tapi x kan la sampai nk naik roller coaster pon aku kena bawa periuk nasi tu kan, krg ape pula kata pelancong2 asing tu..jadi aku pon tinggalkan la periuk nasi tu kt tempat duduk..alih2 pas seronok gaban bermain2, aku tgk periuk nasi aku dh xde ditempat yg sepatutnya..dah periuk nasi aku pon kena rembat gak..hampeh sungguh..mgkn sudah sampai ke negeri alab la periuk nasi aku tu.. korg tgk2 la gmbr2 keseronokan kitaorg kt blog cik ciqa itu..tgk la gmbr kenangan aku n periuk nasi itu..

me n mak buyung

cosmo world, berjaya times square

semalam plak aku ke cosmo world theme park kt times square bersama anak2 buah aku yg baru blk dari vietnam. kt vietnam skrg tgh summer holiday, so mak diorg merangkap kakak aku pon bawa la diorg blk ke malaysia supaya diorg x lupa asal usul..ni adalah kali pertama sebenarnya aku ke cosmo world tu, jd aku la yg terlebih2 excited berbanding bdk2 tu..dia punya roller coaster mmg best la, cukup membuatkan aku terjerit2 macam bapok diragau mat rempit. aku terlalu excited sampai lupa nk makan.. bila perut lapar ditambah dgn main bnda2 yg pusing2 tu, kepala aku dh mcm kipas berpusing2..mmg pening sgt. terpaksa la mak buyung mengurut2 kepala aku..akhirnya terpaksa la aku beli ubat (large set spicy chicken mc duluxe) kt mc donald tu..

adik aku n anak2 sedara

roller coaster yg gila itu

...

oh..hari ni hari isnin la..
14 comments

New Family Member

Friday, July 31, 2009

memperkenalkan, ahli baru family aku..yg berkaki empat, bertelinga seperti master yoda, dan berbulu putih x seputih mana, malah kelihatan comot dan x comel langsung......

Simbei!! si anak kucing yg nakal..

keadaan simbei begitu daif masa aku ambil dia

yaa..
inilah anak pungut pertama yg berjaya aku ambil sebagai kucing angkat sejak 2 hari yg lepas.. actually sudah sekian lama aku menyuarakan hasrat untuk mengambil anak kucing angkat sebagai penyeri rumah ni kpd mak buyung.. namun pelbagai alasan diberikan oleh mak buyung, antaranya karang tahi xde sape nk settelkan, krg bahaya kt baby sbb bulu kucing itu bahaya dan sebagainya..

sim`beihj'''''''''''''''''''''''''''''''''''''' (ok,ini adalah hasil kerja simbei yg berjalan2 atas laptop aku).

tapi entah ape luck simbei ni, mak buyung plak yg suruh aku amik dia sbgi kucing angkat semasa kitaorg gi beli roti 2 hari lepas. mmg la aku sgt teruja.. masa first time aku jmpa simbei, budaknya nmpk bluurrr saje..kurus kering..nmpk takut..dan sgt2 pendiam..busuknya pula dh mcm binatang yg haram disentuh..dgn umur yg baru setahun jagung, ditambah lg dgn berat x sampai 2 kilo tu, hati bapa-to-be aku ni x dapat membenarkan simbei mengharungi hidup di dunia yg penuh pancaroba ini bersendirian..

so aku pon bawa la dia blk ke umah..melayan simbei dgn sepenuh kasih sayang..bagi mkn n perlindungan seadanya..mandikan dia sampai hilang segala bau2 longkang dan sampah dari setiap celah ketiaknya. skrg ni mak buyung meletakkan simbei dibawah bidang jagaan aku. maka semua hal yg berkaitan simbei akan dirujuk kepada aku..dan sudah pasti la hal yg akan byk berbangkit adalah hal-hal berkaitan dgn sisa kumbahan..

aku x kisah sgt sebenarnya semua tu.. yg penting simbei boleh hidup dgn gembira dlm family ni.. cuma satu je la yg aku harapkan, agar simbei bleh berak dalam tandas n tarik flush skali..

simbei skrg..masih tulang2 saja

...

aku baru lepas settelkan tahi simbei
16 comments

By Hook Or By Crook

Sunday, July 26, 2009

kete unik kt giants nilai

sejak petang jumaat lagi mak buyung mulut mak buyung dah muncung sejela..majuk sebab aku x jadi nk balik kampung..aku bknnya x nk blk, cuma petang jumaat tu badan rasa letih, ngantuk n sengal2 ubi..mmg agak bahaya la kan kalo drve dlm keadaan begitu..aku bmbg keselamatan mak buyung juga sebenarnya..dlm usaha memujuk tu aku ckp la kita blk je pas subuh esoknya (hari sabtu), tapi bila muncung mak buyung dah smpi 3 jela, mmg la x dapek den nk nolongnyo..

jadi bila dah hari sabtu, mak buyung masih lagi dlm mood mendung dan sedikit ribut tu, aku mula resah..aku dlm bahaya..by hook or by crook, sebelum malam menjelma aku kena mengubah mood mak buyung kpd yg lebih ceria, atau aku akan berhadapan dgn situasi yg sukar..pelbagai idea aku gunakan utk memujuk, termasuk mengajak mak buyung ke umah akak dia, pegi putrajaya jumpa cik ciqa itu, pergi alamanda tgk wayang dan sebagainya..semuanya hampa, bagai menuang air ke daun keladi..

bila aku tgk mak buyung bersiap2 mcm nk kuar, aku tnya la dia nk kemana..dgn suara basi2 mak buyung ckp nk tukar tayar kete..aku ckp x bleh. mmg la bertambah2 muncung mak buyung tu..tapi seketika kemudian aku pon bersiap2 dan "jom la, kita gi tukar tyr sama2"..so dlm kete tu aku pon "pas tukar tyr ni, kita gi gaints ek, byk bnda dh abis kan kt umah tu"..bila dah teman mak buyung tukar tayar n bershopping skit2 kt giants, aku dh nmpk skit sinaran mentari ceria dlm mood mak buyung. utk menambahkan lagi ceria mak buyung, aku x gi main bola ptg tu, belikan mak buyung rambutan, manggis n laksa kt pasar..semuanya aku wat supaya mak buyung x majuk menjelang mlm..kalo x, aku dlm bahaya yg amat..

so bila mlm menjelma, aku sedikit lega..segala usaha yg aku lakukan td berhasil..mood mak buyung kembali ceria walaupon masih suam2 kuku.. jadi aku pon mengambil langkah yg seterusnya..aku pon merapati mak buyung..dgn suara yg manja aku ckp "syg..abg nk gi main futsal mlm ni bleh x?".."bleh....gi la..".. "btul ni?" seolah2 x percaya.."yee..gi je la..."

cantekkk...berhasil!!

...


10 comments

A Lesson From A Dog

Thursday, July 23, 2009

photo diamik dari flickr saje

mlm semalam berita kt tv 3 memaparkan tentang seorang ibu yg didakwa atas tuduhan membunuh anaknya sendiri..aku tertanya2 kenapa sampai begitu kejam sekali dia hingga tergamak membunuh anaknya sendiri, walaupun alasannya kerana tertekan dgn hidup.. bagi aku walau ape pon jua alasannya, menumpahkan darah zuriat kau sendiri bukanlah jalan yg harus kau pilih, B*D*H!! bukan salah dia kau jadi begitu, B**AT**G!!

emosi aku sedikit terganggu bila menonton berita itu..sehingga esoknya terlewat lagi ke kerja. meeting akan bermula pada jam 9.30 pg di precicnt 5, putrajaya. tapi jam tepat 9.30pg tatkala aku kuar dari umah..aku mengambil keputusan ikut jalan dlm je (yg nk ke salak tinggi tu) yg agak sunyi, lengang dan sedikit hutan..bila tiba di satu kawasan yg agak sunyi, lengang dan sedikit hutan tu, tiba2 kete2 kt depan aku semuanya berhenti seketika, dan kemudiannya masuk ke lorong yg bertentangan, seolah2 mengelakkan sesuatu yg menghalang dilorong kami..aku pikir mungkin ade lubang or kayu patah or aral yg melintang..

tapi rupanya ade satu pemandangan yg cukup2 membuatkan hati seorang bapa-to-be mcm aku ni tersentuh..di atas jalan terbaring bangkai seekor anak anjing yg masih cukup sifatnya..ape yg cukup membuatkan aku hiba pg tu ialah, mak anjing tu yg setia disamping bangkai anaknya..aku lihat anjing tu duk mencium2 sambil menggerak2kan bangkai anaknya..seekor lagi anak anjing tu (masih bernyawa) berlari2 disekeliling bangkai abangnya (mungkin) seolah2 turut bersedih..anjing2 tu langsung x berganjak dari situ walaupon kenderaan yg datang bertali arus..sehinggakan aku juga terpaksa memasuki lorong yg bertentangan bg mengelakkan situasi yg cukup2 menyayat hati tu..aku berhenti seketika sambil menoleh kembali kearah mak anjing tu..mmg terlalu jelas aku lihat mata dan raut wajahnya menanggung seribu kesedihan..hati aku cukup tersentuh dan hampir2 aku menangis disitu..seketika kemudian aku berlalu pergi dari situ kerna x sanggup lagi berkongsi kesedihan itu..satu pengajaran yg sgt berharga aku dpt pg tu..pertama sayangilah anak kita, kedua datanglah meeting awal kalu x nak kena tembak..

...

siapakah yg lebih "manusia"?
14 comments

21 Weeks Old

Sunday, July 19, 2009

ini lah babyku itu..sudah nmpk anunya,hehe

hehehe...
syukur alhamdullilah..pertamanya sebab hari ni aku dpt juga tido sampai matahari tergelincir ke barat di hari minggu yg cerah..

yg keduanya sbb aku dpt dgr degupan jantung baby dalam perut mak buyung!! n baru tadi aku dpt rasa baby tu tendang2 dlm perut mak buyung,hehehe..mungkin sbb lapar kot.. actually, last tuesday aku dah gi check perut mak buyung kt klinik bangi sana tu..mmg seronok sgt bila dpt tgk baby dlm perut mak buyung tu makin besar dari hari ke hari..

alhamdulillah, baby aku dlm keadaan yg sihat sejahtera..thank juga pada kawan2 yg sentiasa mendoakan kesihatan baby aku itu..cuma mak buyung je la mengadu tapak kaki dah start sakit2..aku tnya la doc knp kaki mak buyung sengal2 ayam..doc tu ckp normal la tu, sbb berat mak buyung dah bertambah..terus aku tergelak!! mak buyung juga sudah mengembang la nmpknya ni kan..kira ade gak la mmbr yg berkembang bersama2 aku ni..

dan masa scan baby tu, nmpk la gak jantina ank aku tu..but i want to keep it secret dulu..aku pon x kisah sgt sebenarnya dpt boy or girl..so bila doc ckp kemungkinan besar baby tu ------ aku pon senyum je la, hehehe...

so skrg ni dh bleh la start membeli baju2 baby -----. warna juga mestilah yg sesuai dgn baby -----. seronoknya!!! x sabar nk menimang cahaya mata ni,hehehe

...

ermm..nk bagi nama ape ek..
6 comments

Its Not Easy

Thursday, July 16, 2009

hari ni aku pulang dari keje agak awl lagi. sempat juga la aku menyapu smph kt laman umah yg x seberapa tu, vacum living area n mop dapur..bila mak buyung pulang dan melemparkan senyuman tanda kagum dpt suami cm aku ni, cepat2 aku menyuarakan hasrat nk gi main futsal mlm ni..dh tentu la aku dpt "green light"..x sia2 aku mengemas umah hari ni..

kasut aku yg beraksi cemerlang.mungkin perlu dibasuh sebagai tnda kegembiraan

bila dpt main bola dgn riang, prestasi pon meningkat la..kemenangan berpihak kpd team aku dan sekaligus main free la aku mlm ni..dlm otak aku dh t'pikir mungkin dlm 2500 hingga 4500 kalori aku terbakar mlm ni.. x cmpur lagi kalori yg terbakar akibat ketawa yg byk..

tapi bila aku nk start je enjin kete, satu msg dari cik qica itu menerjah masuk ke henset aku..

"en. joe kt mn ye? cptla amik kopok ni. basi kang, hoho"

sepantas kancil aku bergegas ke precinct 9, putrajaya utk mengambil kopok lekor yg ditempah mak buyung itu..sesampai je kt umah, dengan sepantas kancil juga aku masak air, celur kopok lekor tu dan mkn bersama-sama mak buyung yg setia menunggu kepulangan aku sambil tido.. bila dah dpt kopok lekor ganu kite ni, mmg la x igt dah segala azam2 menurunkan berat badan ni..aku kira2 mungkin dlm 3000 kalori terhasil mlm ni dgn hnya memakan kopok lekor..mana x nya, mak buyung baru mkn 2 batang, aku dah mencapai kopok lekor yg ke-6..nk wat cmne beb, dh sedap sgt..

inilah kopok lekor yg menjadi mangsa perutku..nyum nyum


tu la org ckp..
"bukan senang nak kecik, bkn susah nak besar"

...

x, sebenarnya aku yg ckp..

6 comments

65+++ kilograms

Tuesday, July 14, 2009

ini bukan aku..

semalam setelah abis melantak pizza (abg ngah aku yg belanja) kt tesco mutiara damansara semperna meraikan adik aku yg dpt masuk kolej jururawat, aku n mak buyung terserempak dgn mesin yg paling aku x suka dlm dunia ni, iaitu mesin timbang..aku yakin sgt, kalo la mesin timbang ni bertukar menjadi robot, pasti ianya akan berpihak kpd decepticon..

mak buyung pula mmg pantang tgk mesin timbang ni, mesti nk aje suruh aku cuba.. seperti biasa, terpampang la angka2 yg menjengkelkan lantas mengundang senyum sinis dari insan yg ku sayang..mmg kalo dikira dari segi BMI nya mmg akan jatuh ke kategori "anda besar dan byk lemak"..tapi ermm... skit je........

jadi timbul lah azam2 baru utk mengubah angka2 jengkel itu yg telah aku utarakan kepada mak buyung..antaranya aku akan berpuasa isnin n khamis setiap mggu. kemudian aku x kan makan nasi, hanya mkn roti n oat sahaja..mak buyung pula x bleh menahan aku dari bermain bola pada setiap petang n mlm minggu..

hari ni aku pulang ke umah tersgt lah awal, iaitu kira2 2 jam lebih awal dari org mkn gaji biasanya pulang..kepala agak pening sedikt n badan lenguh2 ayam..mungkin dek penangan kerja keras semalam dalam gotong royong..kalo ikut azam semalam mmg la aku akan berpuasa hari ni..tapi rayuan manja perut bulatku membuatkan aku tewas lantas membaham beberapa keping sandwich...

dan esok selepas meeting pastinya hidangan tgh hari terdiri daripada nasi dan lauk2 yg penuh dgn godaan..adakah aku akan tewas lagi kali ni? adakah angka2 jengkel itu akan bertukar suatu hari nnti? adakah mesin timbang akan diharamkan kerajaan malaysia? entahlah mak buyungnya...

...

"tahan tahan, biar papa pegang"
kata papa yokies yg besar itu
12 comments

What's Gonna Work? Teamwork!!

Saturday, July 11, 2009

hari minggu seperti ini biasanya x kan ade aktiviti yg lebih indah selain tidur sahingga matahari tergelincir..namun seperti biasanya juga, aku x dpt merasa semua itu kerana ade saja aktiviti2 lain yg menuntut kehadiran aku bersama..maka hari ini hal yg sama berulang. Persatuan Penduduk Sek. 2&3 Bandar Bukit Mahkota Bangi (PPS2&3BBMB agaknya) telah mengadakan aktiviti gotong-royong perdana pada bermula jam 7.30 pg.

sebagai ahli masyarakat yg baru, mmg la elok kalo aku join aktiviti2 kemasyarakatan ni kerana x mau dikata sebagai "org x campur masyarakat"..niat pada mulanya mmg lah nk dtg tunjuk muka je, tapi bila nk start gotong-royong ni, jadi seronok plak..lagi2 bila tgk kawasan umah aku pon dh cntik skit kan..kalo nk wat sorg2 ni mmg la kucing bertanduk pon x kan siap2..jadi aku x hairan la mengapa wonderpet begitu menitik beratkan kerjasama..mungkin penduduk2 kat sini mengambil pengajaran dari kisah hidup wonderpet..so ape yg penting? kerjasama!!



oh ya, sedang asyik melayari internet, terjumpa plak video ni kt "awak tiub" itu..mmg sgt2 comel, sempoi n menyemarakkan semangat aku nk jadi bapa..aku akan pastikan baby aku krg pandai main rollerskate seawal usia 4 bulan..(impian seorang bapa yg x pandai main rollerskate)..

...

~ape yg penting? kerjasama~
smbl mendukung baby..oh, seronoknya..
3 comments

New Gadget

Thursday, July 9, 2009

hehe...
entry kali ni ditulis dgn keadaan begitu santai skali..hanya sekadar mahu m'cuba m'nulis blog dgn m'gunakan medium yg b'beza. mmg agak sukar apabila m'aplikasikan sesuatu yg baru bg kita tatkala diri sudah t'lalu selesa m'nulis m'gunakan p'antaraan computer..mmg lumrah manusia suka b'ada di zon selesa kan, jadi utk b'ubah kpd sesuatu yg baru mmg kne ade usaha la. dan salah satu usaha adalah dgn m'cuba la kan..

semalam,

aku : iphone tu bleh ke pki line celcom?
mak buyung (mb) : aii..nk beli iphone plak ke?
aku : xde la. mana la b ( nama manja i ok..haha!!) mampu nk beli iphone tu..iphone tu bleh ke pki line celcom?
mb : b klu beli gak iphone tu siap la. mmg la x tegur b..
aku : pulak..(x m'jawab soalan sggh)

tp ptg s'mlm dgn slumber je aku bawa balik iphone kasi tunjuk sama mak buyung. mmg t'diam beliau m'lihat aksi b'sahaja aku..aku biarkan saja mak buyung m'bebel pot pet pot pet (mgkn sbb dah lali)..

"b x beli pon la iphone ni. ade org bg.."
baru la mak buyung sonyap..
well, sape yg begitu baik hati m'hadiahkan aku iphone ni?
ermm..orgnya mmg sgt baik. biarlah aku perkenalkan dia sbgi s'org kawan..

...

adeh, mmg payah la tulis blog pki menatang kecik ni
8 comments

Road Not Taken

Wednesday, July 8, 2009

ke kiri atau ke kanan?
di sini atau di sana?
selesa atau berliku?
tetap atau pergi?
sementara atau selamanya?
sekarang atau bila lagi?
utk ku atau utk dia?

tawaran yg diterima mmglah menarik, bagai mencitakan pucuk, ulam yg tiba..
tapi entahlah kenapa..utk melangkah pergi, terasa berat pula dihati..

...

dilema seorang pencacai
13 comments

To JB With Love...

Thursday, June 25, 2009


~ jgn kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap kau yang punya~

ohh..
hari ni aku terpaksa bergerak ke johor bahru, atas urusan kerja yg x dapat dielakkan..maka terpaksa jugalah aku meninggalkan mak buyung di rumah utk barang sehari dua ini..walaupon x la lama mane, tapi memandangkan keadaan mak buyung sekarang ni, kesian n risau juga utk meninggalkannya..xpe la, harap2 semuanya dilindungiNya..org kata, sayang anak tangan2kan..sayang isteri tinggal2kan..btul ke? tgk je la ahad ni nnti ye,hehehe..

mak buyung plak awal2 lagi dah plan nak gi bershopping "baju2 mak buyung" dgn cik noli yg itu..so harap2 achik bleh la tolong tgk2kan mak buyung saya ni yee..sebagai upah, achik bleh la pergi bershopping bersama mak buyung sabtu ni..segala perbelanjaan diri ditanggung sendiri atau sebaliknya bergantung pada budi bicara mak buyung lah..

so mak buyung, jaga diri elok2 ye..
jgn bimbang
ku tetap kau yang punya..

...


7 comments

Blackout

Wednesday, June 24, 2009


aduhai..
sudah 2 hari la ofis aku blackout..bkn salah pihak tnb, mahupon makcik jenab yg xde kena mengena dgn hal ni..semua ni adalah gara-gara bos aku yg terlupa nk bayar bil letrik..bleh plak ko ckp ko lupa bayar bil?? ohh..aku sungguh terharu..mentang2 la ofis ni sekadar cawangan ko sahaja, ko menganaktirikannya..

jadi, terpaksa la aku menumpang ofis di mana-mana wat sementara waktu..kat putrajaya, kat kota kemuning, kat kota damansara atau kat umah saja..di mana saja aku berhenti, di situ la ofis aku..dan sudah tentu lah aku banyak berhenti di rumah saja..

pagi semalam kira-kira jam 9.00
tut tut!! (bunyi henset aku daa)

aku : ye bos..(smbl btul2kan suara yg baru bangun tido)
bos : eh joe, pagi ni ade site evaluation dgn JKR kan kat precinct 5R1..
aku : ye ke bos, pkl bape ek? diorg x cal saya pon
bos : ade2..diorg email minggu lepas..pkl 9.30 pg ni..
aku : oh ye ke..saya x leh check email la bos..xpe2, nnti saya call org PJH tu..

terus saja aku mandi2 n bersiap2..

msg ke bos : btul la bos, hari ni ade site evaluation kat 5R1. xpe2, saya dah on the way ni..
msg dr bos : ok

ok saja ke?
nnti saya masukkan duit, tolong bayarkan bil letrik n telefon skali k
ye la..sape lg yg nak kena bayar kalo bkn aku kan...

...

alahai bos aku ni...
12 comments

Life

Friday, June 19, 2009






kehidupan..
hanyalah sekadar satu persinggahan..
kau, aku, dia, dan mereka adalah sama..
...

begitu juga kamu anakku..
ingatlah janji-janjimu pada Tuhanmu
9 comments

Journey To Life

Thursday, June 4, 2009

wohhoooo....
hari ni aku sekali lagi aku sgt riang ria..hati berbunga2 walaupon sudah lama tidak menghapdet laa..

kesibukan hidup dalam dunia kapitalis ni memaksa kesemua tulang 4 kerat dikerah dan peluh keringat dicurahkan utk menyiapkan keje yg akhirnya tidak juga mengkayakan aku..tapi tidak mengapa, sekurang2nya aku bersyukur kerana masih diberikan rezeki dari keje yg aku lakukan ini..walaupon ade kalanya tidaklah 100% komitmen diberikan ataupon dalam 8 jam waktu bekerja itu, aku bekerja..

oh hoo..ni la dia baby saya..saya sgt gembira..

alhamdulillah...

sabtu lepas wat kali keduanya aku pergi ke klinik di bangi itu utk wat medical check up utk mak buyung yg amat2 disayangi itu..syukur sgt2 kandungan dalam perut aku ok, 2 ekor ikan goreng yg aku mkn tadi sudah bersebati dgn baik utk disalur ke usus besar pula..manakala baby dalam perut mak buyung pula semakin membesar dgn sihatnya..aku sgt2 terharu dan gembira bila doc ckp kandungan mak buyung normal, semuanya dalam keadaan baik dan sejahtera..harap2nya semuanya akan dipermudahkan dan baby itu akan selamat sampai ke destinasi dunia ini..

cuma yg aku risaukan adalah mak buyung..bukan kerana dia semakin mengada2, ..(ku kira itu normal bagi wanita mengandung), cuma sering pula dia mengadu sakit itu dan ini, di situ dan di sini..hati suami mana la yg x cair bila si isteri mengadu sakit2 bila mengandung anak sulong..tapi x byk yg bleh aku lakukan pon, cuma sekadar memberikan kata2 semangat, mengusap2 perutnya serta memberikan dia masa yg baanyyyaaakkk utk berehat..

jadi sekali lagi aku berdoa, supaya semua selamat dan sihat2 hendaknya..sekarang ni baby sudah berusia 4 bulan dalam alam rahim ibunya..semoga perjalanan menuju ke dunia ini dilindungi tuhan dan selamat sampai ke destinasinya..kepada kawan2 yg mengandung ( x termasuk yg buncit seperti aku), jaga diri elok2, dan tambahkanlah kemanjaan dan kengada2an anda kepada suami..

sekian..

...

boy or girl ni...
9 comments

Five Languages Dictionary

Thursday, May 28, 2009

kira2 dua bulan yg lepas semasa aku berjalan kaki setelah men'settel'kan segala urusan n hutang2 di bank, aku telah disapa oleh seorang bdk pompuan..bdknya kurus2 saja, berkulit gelap, bersuara sengau dan agak kurang sempurna..sambil membimbit sebuah beg di bahu, bdk tu tabah menyapa sesape saje termasuklah aku, utk menjaja buku2 yg dibawanya..

"assalamualaikum bang, saya ade jual buku..ni ade kamus 5 bahasa bagus utk kanak2, bla bla bla..." sape bdk tu sambil menayangkan kamus 5 bahasa yg dijajanya tadi..
"waalaikumsalam...xpe la dik, abg xde anak lagi la"..jawab aku acuh x acuh, mgkn kerana aku mmg x nak beli atau aku dah terlambat utk urusan dunia yg lain..tapi x nmpk pon riak wajah kecewa pada muka bdk tu..

bila aku dh masuk kete, dah start enjin, tiba2 terasa kesian plak kt bdk tadi tu..walaupun dia x sesempurna mana, tetap gak dia tabah berusaha mencari rezeki yg halal..jika dibandingkan dgn segelintir remaja skrg, yg hanya tau menghabiskan duit mak bapak, samseng2 jalanan yg mencari duit atas luka dan nyawa org lain, aku rasa bdk itu lagi sempurna..dan lebih berhak utk hidup sempurna..dan ketika itu jugalah hati kecik aku berdetik.."kalo aku jmpa bdk tu lagi, aku akan beli buku dia...".namun suratan takdir, ptg tu aku x lagi berjumpa dgn bdk pompuan tadi...

sehinggalah pagi tadi, setelah aku selesaikan segala urusan n hutang2 di bank (kali ni di bandar baru bangi) aku singgah seketika di warung mamak utk bersarapan pagi..satu situasi yg jarang2 skali aku lakukan..(bersarapan pagi di warung mamak seorg diri)..dan telah ditakdirkan tuhan, bdk tu muncul lagi dalam keadaan yg sama semasa pertama kali aku berjmpa dengannya..berbaju kurung hijau lusuh, membimbit beg dan menjaja buku..

dan dialog yg sama juga diungkapkannya.."assalamualaikum bang, saya ade jual buku..bla bla bla..." "waalaikumsalam..ermm..buku ape adik jual?" jawab aku serius..bdk tu terus lincah mengeluarkan buku2 yg dijualnya..antaranya ade la buku2 keagamaan, sirah nabi dan beberapa naskah yg lain..sehinggalah naskah yg terakhir.."...yg ni kamus 5 bahasa bang, ade bahasa english, arab, india bla bla bla..." bdk tu berceloteh dlm sengaunya.."ok la, abg beli yg ni.." smbl kamus 5 bahasa dan beberapa helai duit bertukar tgn.."terima kasih bang.."bdk tu pon berlalu pergi..

aku meneruskan sarapan aku..smbl tu sempat gak aku membelek2 kamus tadi..yg pasti kamus tu bknlah utk anak aku, sbb anak aku masih dlm perut lagi..jadi aku akan berikan kamus ni utk haziq n hanis (anak2 sedara aku) agar mereka bleh belajar bahasa2 yg lain dan seterusnya berjaya dalam hidup..harap2 mereka jadi org yg berguna dan pandai pula mencari rezeki yg halal..


...

ermm..suratan atau kebetulan?




9 comments

I Would Like To Present...

Thursday, May 21, 2009

pagi semalam wat kali yg-masih-boleh-dikira-dgn-tangan aku kuar gi keje sebelum jam 8.30 pg. ni semua gara-gara ade CPC presentation utk projek kt presint 14 itu. CPC presentation ni kira presentation yg wajib gak la di wat kpd JKR before umah-umah yg dah siap tu bleh di serahkan kepada diorg..

marriott hotel, putrajaya

yg bestnya presentation tu di wat kt summer palace, hotel marriott, putrajaya..summer palace tu mmg cantik, dihiasi dgn timbikar2 cina, meja tu ala2 cina punya, dah macam istana zaman cina purba..mmg sgt sesuai dgn tema 'santai' tgh hari tu..so mcm biasa, bila dah presentation tempat best2 cmni, org2 JKR pon dtg satu kampung..penuh dewan tu dgn org2 JKR..presentation bermula jam 12.00tgh hari..en. kamal selaku arkitek memulakan sesi perbentangan utk part arkitek. dan mcm biasa, part arkitek ni la yg paling byk skali kena tembak dgn pengarah JKR tu..mungkin sbb nasi belum sampai lagi masa tu..tu yg dia hangin semacam tu..

marriott hotel, putrajaya 2

tapi aku lagi hangin bila tiba masa aku present, masa tu gak la diorg hidangkan makanan tu..aku x tau la hotel ni mmg dengki atau iri hati dgn aku, tapi btul2 aku berdiri je, diorg pon sibuk la bawa masuk makanan. tak keruan beb masa aku present tu..mmg dlm otak nk cepat2 je abis..so bila aku tgk pengarah JKR tu pon dah start mkn, aku pon present je la sepantas mungkin.. pertama sbb aku tau, pengarah tu bkn nya tgk sgt dah aku present ape..keduanya sbb aku pon dah x tgk sgt dah ape yg aku present tu.. masing2 dah terbayang2 makanan kt depan mata tu..tapi yg bagusnya, pengarah jkr tu xde langsung nk tembak2 aku..so presentation berjalan dgn pantas dan lancar sahaja..

marriott hotel, putrajaya 2

so episod malang mkn2 aku berulang lagi..kali ni bila blk je ke meja aku, makanan2 yg dihidangkan tinggal pinggan saje..aku senyum je la pandang org2 JKR yg duduk sama meja dgn aku tu.. tapi ade gak la yg berhati mulia, save kan skit mknn2 tu dlm pinggan aku..dapat la gak aku merasa..utk kenyang...jauh sekali..

dah nasib badan...

...

terima kasih tuan2 dan puan2 sekalian



p/s : gmbr2 dipinjam dari Dato' Prof. Dr. Jamaludin Mohaiadin
13 comments

Happy Birthday Ayah

Tuesday, May 19, 2009

last weekend aku berkesempatan utk balik ke kampung aku di parit sulong, batu pahat, johor..rasanya agak lama gak dah x blk kampung. nasib baik aku bukan la si tanggang yg lupa asal usulnya..aku masih igt jalan2 menuju ke umah itu..x banyak perbezaan yang berlaku kt kampung cuma longkang saja yg berwajah baru..

happy birthday to ayah

tujuan balik ke kampung kali ni selain dah lama x balik, aku juga nk celebrate birthday ayah aku yg amat2 disayangi itu..sebagai seorang anak, mmg aku x kn mmpu membalas sepenuhnya jasa2 ayah membesarkan aku sampai terlebih besar skrg ni..so sekurang2nya aku akan cuba sedaya upaya utk wat ayah gembira selalu..

my dad and his cake

ternyata ayah cukup gembira mlm tu..dikelilingi anak2 yg menyanyikan lagu happy birthday to you..sambil ayah potong kek sempat gak la aku doakan ayah dimurahkan rezeki dan ditambahkan amal ibadah..cuma kegembiraan ayah x lama sebab tgk regu malaysia kalah lawan regu china dalam semi-final piala sudirman hari tu..ayah aku mmg minat sgt sukan badminton.

so for those yg masih mempunyai ayah..sayangilah mereka. doakanlah mereka selalu dan selalu2 la bertanyakan khabar mereka..igt balik jasa2 mereka yg membesarkan kita dan semampunya kita balas la balik kan..

saya sayang ayah..

...

kabi kushi kabi gam


13 comments

Happy Birthday To Me, Myself And I

Thursday, May 14, 2009

hari ni adalah 14hb mei 2009. hari lahir ayah yg ke-63. selamat hari lahir ayah, semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dibanyakkan amal ibadahnya,aaamin..dan semalam adalah 13hb mei 2009. hari lahir aku yg ke-25. selamat hari lahir aku. semoga aku juga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi seperti ayah yg sgt2 dihormati dan disayangi oleh anaknya ini, aamin..

x sempat nk susun, dh lapar sgt2

well, semperna hari keputeraan aku yg ke-25 semalam, tidak ada cuti umum diberikan kerana aku bukanlah seorang bangsawan negara. jadi hnya selepas keje la aku berkesempatan menyambut hari lahir aku ni bersama mak buyung tercinta itu. tahun ni agak special juga sbb aku menyambut hari lahir sebagai seorang "husband" and "ayah-to-be"... dan seperti biasa, restoran johnny's kegemaran mak buyung menjadi tempat sambutan itu..

lepas makan dan basuh tangan, kitaorg gi tgk wayang crite wolverine. layan gak la crte ni, ade gak adegan2 romantik kan. so smpai umah dlm pkl 1, baru la aku dpt mkn kek birthday aku yg sedap itu..xde tiup2 lilin, xde nyanyi2 "happy birthday to u" and xde pon parti2. hanya ucapan n kucupan syg dari mak buyung. dan itu bisa membuatkan aku rasa sgt2 gembira. im soooo happy!!

satu slice saje, beli byk2 krg x abis plak

ok, antara org2 ternama yg sambut birthday sama dgn aku, 13hb mei yg aku tau adalah

i) Ronald Ross - pemenang anugerah nobel (13hb mei 1857)
ii) Stevie Wonder - pemuzik (13hb mei 1950)
iii) Andrea Martina Klump - teroris dari german (13hb mei 1957)
iv) Robert Pattinson - pelakon (13hb mei 1986)

ermm..agaknya apekah yg akan aku atau kamu tinggalkan kepada dunia yg menjadi ingatan wat selamanya?

...

syabbas betey

13 comments

Yesterday I Was The Tuan Director

Wednesday, May 13, 2009

petang semalam aku dikerah oleh tuan director, Ir. Hj. Md. Nasir utk menghadiri satu seminar di hotel legend, kuala lumpur.. dan seperti biasa, aku selaku "pawns" akan sentiasa patuh dgn segala arahan yg diberikan..seminar tu dijadualkan berlangsung pada jam 8.30pg waktu tempatan di hotel legend, kuala lumpur..

legend hotel, kl. camera aku dh rosak..

aku sememangnya x tahu langsung kt mana hotel legend tu berada. yg tuan director bgtau hotel tu dkt dgn the mall. so aku igt naik komuter je la senang..kuar dari umah jam 7.30pg, dgn lincahnya aku bergegas ke stesen komuter batang benar. dlm hati sgt yakin perjalanan ke hotel legend tu akan amik masa kurang dari sejam je..tapi mungkin aku x mengambil kira beberapa faktor luaran yg lain..maka, jam 8.30pg la baru aku dpt naik komuter...(hampeh btul la lu komuter)

buku seminar itu



jadi seperti biasa la, aku terlewat lagi dan lagi dan lagi. kali ni aku sampai ke seminar tu tatkala org lain dah mula minum pagi. so aku pon join je la sekaki minum sama2.. bila dah pakai tag nama "IR HAJI MD. NASIR" tu, terpaksa la aku berkelakuan seperti enginner yg otai juga..walaupon hakikatnya sepatah haram pasal seminar ni aku x tau..beb, seminar "transport modeling for road infrastructure development" ni beb. ape kena mengena dgn aku? bila masa plak aku wat jalan raya..

semalam nama aku ialah Ir. Hj. Md. Nasir

so bila berborak2 dgn engineer2 yg otai tu..yg aku bleh jawab sekadar "ye ye, btul tu.." atau sekadar mengangguk2 "errmm.." mcm ahli bijak pandai. petang tu "behavior" aku mmg laksana seorang bangsawan..tiba2 rasa seronok plak bila bercampur jaul dgn ilmuwan2 ni..sedikit sebanyak dpt gak aku belajar "something new" daripada otai2 ni. dan sempat gak la bertukar2 "name kad" dgn beberapa kenalan engineer yg lain.

dan yg paling bestnya..makanan yg dihidangkan la..geram aku x leh mkn byk2 sgt sbb dlm mode : seorang bangsawan, huahuhahua..nway, thanks la tuan director. x pasal2 dpt gak aku mkn kt hotel..sedap wooo

...

emkoi emkoi

12 comments

Haji Shariff's Cendol

Monday, May 4, 2009

dlm mission JBKMM (Jom Balik Kampung Mak Mertua) pada cuti hari pekerja yg lepas, seperti biasanya aku ditugaskan sebagai jurupandu bertauliah. General Mak Buyung selaku ketua mission suruh aku mencuba jln baru (nilai-mantin-seremban)..jadi perjalanan agak slow sebab masih "jakun" dgn jln baru yg nyaman itu..kebetulan masa masuk je bndr seremban, aku terserempak dgn warong "Haji Shariff's Cendol" yg hijau itu.aku amik masa kurang 3 saat je utk wat keputusan berhenti dan makan disitu dulu.

Haji Shariff's Cendol (left view)

Haji Shariff's Cendol terletak di no.44, jalan yam tuan, seremban..mungkin cendolnya agak terkenal juga sbb aku nmpk ade beberapa pelancong dari singapura turut menikmati cendol disitu..dan suasana di situ juga begitu klasik sbb bangunan2 sebelah semua versi2 lama dan dah lama tertutup..

cendol pulut satu mangkuk je

aku order cendol pulut satu jeee..(x leh lebih2, krg mak buyung bising) manakala mak buyung order cendol biasa. cendol dia mmg sedap. mungkin bleh wat korg terangkat dari tempat duduk kira2 2 inci. mungkin juga bleh menandingi cendol-cendol en. me itewww..

rojak oney!! meja tiga!!

then mak buyung tetiba teringin plak nk mkn rojak.. sepantas kilat aku panggil itu macha.. "Rojak Oney!!"..so dpt la aku tumpang seperut dua dgn mak buyung. rojak dia pon bleh tahan juga sedapnya.. kira x menghampakan la keputusan aku berhenti seketika tadi.

Haji Shariff's Cendol (front view)

so bila perut dah kenyang, bleh la aku sambung mission JBKMM aku tadi..perjalanan menjadi semakin perlahan sbb muatan kargo dh bertambah dan mata pon semakin kuyu..tapi halangan seterusnya cukup mencabar, mencari tandas awam...

...

challoww betey
10 comments

Happy Labor Day

Thursday, April 30, 2009


DAHULU
dulu aku tinggal di Kota Damansara
office aku kt Shah Alam
waktu bertugas 8.30am - 5.30pm
8.30am baru gerak dari umah
perjalanan lebih kurang 20min
sampai office jam 8.50am
aku yg buka office tu

"Selamat Pagi Bos!"
"Pagi..Awal ko hari ni.."
"Biasa la bos..."

~~~

SEKARANG
sekarang aku tinggal kt Bukit Mahkota (somewhere near Nilai)
office aku masih di Shah Alam
waktu bertugas masih lagi 8.30am - 5.30pm
8.30am baru bangun dari tido
lebih kurang pkl 9.00am baru gerak dari umah
perjalanan lebih kurang 45min
sampai ofis lebih kurang jam 10.00am
bos aku yg buka office sekarang

"Selamat Pagi Joe.."
"Pagi Bos..eh, awal bos datang hari ni.."
"Ermmmmm...."


x merasa la aku bonus lagi tahun ni...
ade ke bonus?

...

SELAMAT HARI PEKERJA
wat kawan n sesiapa saja yg berkerja mkn gaji mcm aku ni..
harap2 ade la bonus utk kita ni kan..
aaaamiinn..
5 comments

Am I Pregnant Too?

Wednesday, April 29, 2009

smlm mak buyung timbang berat, turun 1kg..aku jadi risau..sampai berat aku pon turun 1 kg dr berkilo2 itu.doc ckp x pyh risau, itu normal bg wanita yg baru mengandung..krg dh masuk 4 bulan ke atas, berat bdn akan naik..

maksud doc..berat saya akan bertambah jua la seiring dgn pertambahan berat mak buyung? oh,tidak..

balik keje aku beli byk buah2an..utk "mak buyung" n "my baby" itu..ade la anggur, mangga n epal..semua2nya aku beli byk2 n sumbat dlm peti ais smpai peti ais jadi gemuk..tapi skrg ni selera mak buyung mmg kurang..so kebanyakkan buah2an tu masuk ke perut aku..

adakah aku yg mengandung sebenarnya ni..perut aku pon besar jua..kenapa la aku x terpikir nk wat scanning gak pagi semalam. mgkn aku bleh tau ape sebenarnya masalah perutku yg super comel ini..
oh tidak..

14 comments

10 weeks old

Tuesday, April 28, 2009

hehehe..
hari ni aku sgt riang ria..hati berbunga2..malah bisa saja aku belanja korg makan kfc jika kita berjumpa 2 min dari sekarang...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

pagi tadi aku n wife gi wat medical check-up kt bangi..wat kali pertamanya dlm hidup aku yg akan menjangkau usia 25thn x lama lagi ni, aku dpt tgk "baby" dlm perut "mak buyung" ku syg tu..rasa bersyukur, gembira, terharu semuanya ade bila dpt tgk "baby" tu bergerak2 n jantung dia berdegup2..
oohh..sggh comel!! mcm kacang,huhuhu..

ni la gmbr baby itu..sekarang panjangnya 31mm saja..mcm kacang

sekarang ni usia dia baru menjangkau kira2 10 minggu la kot..harap sgt semuanya selamat dan dilindungi Allah dari segala yg x elok..yg paling penting dilindungi dari syaitan2 yg durjana tu.. moga2 anak ayah ni krg rajin la gi kelas awal, wat assignment on time n x bw toyol masa test.. aaamiinn...

~~ayah sayang anak ayah..membesarlah kamu sebagai juara..ayah akan nyanyi lagu wonderpet utk kamu setiap mlm dan ape yg penting, kerjasama!!! wohoho..~~

ok cukup..mungkin gembira akan membuat manusia terlupa..

...
6 comments

Love A Woman

Tuesday, April 21, 2009


Have You Ever Really Love A Woman - Bryan Adams
To really love a woman, to understand her
You gotta know her deep inside
Hear every thought, see every dream
And give her wings when she wants to fly
Then when you find yourself lying helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman,
Tell her that she’s really wanted
When you love a woman, tell her that she’s the one
'Cause she needs somebody to tell her
That it’s gonna last forever
So tell me have you ever really
Really really ever loved a woman?

To really love a woman
Let her hold you,
'Til you know how she needs to be touched
You’ve gotta breathe her, really taste her
'Til you can feel her in your blood
And when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman,
Tell her that she’s really wanted
When you love a woman, tell her that she’s the one
She needs somebody to tell her
That you’ll always be together
So tell me have you ever really,
Really really ever loved a woman?

You got to give her some faith, hold her tight
A little tenderness, gotta treat her right
She will be there for you, takin’ good care of you
You really gotta love your woman...

Then when you find yourself lyin’ helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman, tell her
That she’s really wanted
When you love a woman tell her that she’s the one
She needs somebody to tell her
That it’s gonna last forever
So tell me have you ever really,
Really really ever loved a woman?

Just tell me have you ever really,
Really, really, ever loved a woman?
Just tell me have you ever really,
Really, really, ever loved a woman?

ohh..
hari ni mungkin agak jiwang..
sbb penyakit "Weekday Blues" lg agaknya..
lagu ni one of my fav..Truly one of the most beautiful songs I have ever heard..x tau la bila kali pertama aku dgr lagu ni, tapi sampai skrg tetap evergreen..
harap sgt2 dpt petik gitar n nyanyi lagu ni utk dia..
guys..u should listen to this song

~~~

and when you can see your unborn children in her eyes..
you know you really love a woman..


...
 

Some Contents

Categories